Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Pendaftaran secara dalam talian untuk menjadi pelatih GIATMARA bagi pengambilan sesi 2022 kini dibuka bagi mereka yang berminat dan mempunyai kelayakan menggunakan Sistem GSPel.
Sistem Pengurusan Pelatih GIATMARA (GSPel) adalah sistem berasaskan Aplikasi Web yang digunakan bagi mengurus sepenuhnya proses pengambilan atau kemasukan pelatih sesi 2022 bagi Ibu Pejabat GIATMARA, Pejabat GIATMARA Negeri dan juga semua Pusat GIATMARA di seluruh Malaysia.
1) Bumiputera.
2) Sihat tubuh badan.
3) Boleh membaca, menulis dan mempunyai minat.
4) Berumur minimum 15 tahun dan ke atas.
5) Berminat dengan bidang yang dipohon.
6) Tamat tingkatan 5 dan berumur 18 tahun ke atas adalah syarat tambahan untuk menduduki Peperiksaan Kekompetenan Suruhanjaya Tenaga (ST) bagi kursus Pendawai Elektrik & Penjaga Elektrik.
Mulai 1 Oktober 2021.
1) Kluster Computer and Networking Technology.
2) Kluster Elektrikal.
3) Kluster Elektronik/Mekatronik.
4) Kluster Fabrik.
5) Kluster Hairdressing and Cosmetology.
6) Kluster Hospitaliti.
7) Kluster Kulinari.
8) Kluster Mekanikal.
9) Kluster Pembuatan.
10) Kluster Pengangkutan.
11) Kluster Senibina.
12) Kluster Creative Media.
1) Sijil Profesional GIATMARA
2) Sijil Kemahiran GIATMARA
3) Sijil Modular GIATMARA
4) Sijil Teknologi GIATMARA
5) Sijil Kehadiran GIATMARA
6) Sijil Kemahiran Warisan GIATMARA
7) Sijil Perantisan GIATMARA
8) Sijil Suruhanjaya Tenaga (PW1/PW2/PW4 & Penjaga Jentera Elektrik Kategori A0/A1)
9) Sijil Kemahiran Malaysia
10) Sijil CISCO Networking Academy – IT Essential
11) Sijil CISCO Networking Academy – CCNA (Cisco Certified Network Associate)
12) Sijil CISCO Networking Academy – Introduction to Cybersecurity
1) Pendaftaran secara dalam talian bagi pengambilan sesi 2022 menggunakan Sistem GSPel hanyalah untuk program latihan secara SEPENUH MASA (Full Time). Untuk memohon, sila layari http://gspel.giatmara.edu.my/utama
NOTA: Bagi yang ingin memohon secara manual atau berminat dengan program latihan secara SEPARUH MASA (Part Time), borang boleh dimuat turun DI SINI dan dihantar ke mana-mana Pusat GIATMARA berhampiran.
2) Klik ‘PERMOHONAN ONLINE’ seterusnya klik ‘Permohonan Baru’.
3) Baca ‘Terma & Syarat Permohonan’ terlebih dahulu sebelum klik ‘Seterusnya’.
4) Buat ‘Semakan Maklumat Pelatih’ dan klik ‘Seterusnya’.
5) Isi ‘BUTIR-BUTIR PERIBADI’ dan ikuti arahan seterusnya sebelum klik ‘Hantar Permohonan’.
NOTA: Manual Pengguna GSPel boleh dimuat turun DI SINI.
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai langkah-langkah untuk mendaftar sebagai pelatih GIATMARA bagi pengambilan sesi 2022, sila hubungi Helpdesk GSPel di:
Wisma GIATMARA,
No 39 & 41, Jalan Medan Tuanku,
50300 Kuala Lumpur.
Tel: 03-2691 2690
Fax: 03-2691 2820
E-mel: [email protected]
Sumber: Portal GIATMARA