Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Cara-Cara Untuk Semak Tahap Vaksinasi Di Sekolah Menggunakan Portal COVIDNOW

Ibu bapa yang risau untuk menghantar anak mereka untuk memulakan sesi pembelajaran bersemuka di sekolah kini boleh menggunakan portal COVIDNOW untuk semak terlebih dahulu tahap vaksinasi di sekolah anak mereka.

Apakah COVIDNOW?

Satu perkongsian maklumat dan data berkaitan COVID-19 kini dipaparkan di laman web baharu COVIDNOW yang dilancarkan oleh Menteri Kesihatan Malaysia, YB Khairy Jamaluddin pada 9 September 2021 yang lalu.

Ini bagi memastikan penglibatan secara menyeluruh oleh kerajaan (whole of government) dan masyarakat (whole of society) bagi apa jua usaha yang sedang dijalankan untuk mengawal dan menguruskan pandemik COVID-19 berjalan lancar, selamat dan akhirnya berjaya.

Ia mengambil masa beberapa bulan untuk dibangunkan dan merupakan inisiatif hasil usahasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan penglibatan yang menyeluruh oleh masyarakat termasuk ahli akademik, pihak swasta dan NGO.

Bagi menjayakan COVIDNOW, KKM dan COVID-19 Immunisation Task Force (CITF) bersama dengan komuniti data terbuka turut dibantu oleh Crisis Preparedness and Response Center (CPRC) bersama dengan CPRC Hospital dan National Public Health Laboratory (NPHL).

Peranan COVIDNOW

Laman web ini memaparkan perkongsian data dan maklumat utama yang telus berhubung COVID-19 di dalam negara serta mudah difahami dan dapat diakses oleh semua pihak.

Ciri baru COVIDNOW

Pada 10 Oktober 2021, KKM dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melancarkan fungsi baharu untuk pencarian sekolah dalam laman web COVIDNOW sebagai langkah peralihan ke fasa endemik.

Fungsi ini memaparkan peratusan vaksinasi sekolah serta memaparkan informasi mengenai tahap vaksinasi di sekolah termasuk di kalangan pelajar mahupun kakitangan sekolah.

Baca juga: Cara Untuk Semak SOP Terkini Dan Tarikh Pembukaan Sekolah Secara Berperingkat Mengikut Fasa PPN

Jenis sekolah

Sekolah yang disenaraikan untuk semakan tahap vaksinasi di COVIDNOW buat masa ini hanyalah sekolah-sekolah yang berada di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sekolah swasta yang turut ingin disenaraikan boleh berbuat demikian dengan menghantar e-mel ke [email protected] dengan subjek e-mel ‘COVIDNOW Inclusion’.

LANGKAH-LANGKAH

1) Layari portal COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my atau untuk pautan yang lebih pantas, gunakan https://covidnow.moh.gov.my/bm/school

2) ‘Pilih Negeri’ dan masukkan ‘Nama Sekolah’, seterusnya klik ‘Cari’.

1 LANGKAH-LANGKAH

3) Klik sekolah yang diingini dari senarai hasil carian yang ditemui.

Portal COVIDNOW

4) Keputusan akan dipaparkan dalam bentuk graf bagi jumlah peratusan pelajar termasuk kakitangan yang telah divaksin. Turut boleh didapati ialah liputan vaksinasi mengikut kohort atau bilangan dos dan tahun lahir pelajar sekolah.

Semak Tahap Vaksinasi Di Sekolah

Maklumat lanjut

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai tahap vaksinasi di sekolah dalam portal COVIDNOW, sila hubungi:

Kementerian Kesihatan Malaysia,
Kompleks E, Blok E1, E3, E6, E7 & E10,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya,
Wilayah Persekutuan Putrajaya.
E-mel: [email protected]

Sumber: COVIDNOW

Leave a Reply