Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Cara Untuk Sahkan Berita Yang Tersebar Dalam Talian Dengan Menyalurkan Maklumat Ke Portal SEBENARNYAMY

Berikut merupakan cara untuk menggunakan portal SEBENARNYAMY bagi orang ramai yang ingin sahkan berita yang tersebar dalam talian.

Apakah SEBENARNYA.MY?

Portal SEBENARNYA.MY adalah sebuah pusat sehenti bagi rakyat Malaysia untuk menyemak sebelum berkongsi berita yang tidak ditentukan kesahihannya, yang diterima secara dalam talian melalui platform media sosial, perkhidmatan mesej segera, blog, laman sesawang dan lain-lain.

Ia telah dilancarkan pada 14 Mac 2017 oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak atas inisiatif Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Melalui portal ini, orang ramai boleh menyemak kesahihan maklumat yang diterima, berdasarkan kenyataan rasmi yang dikeluarkan melalui saluran rasmi Kementerian dan agensi kerajaan yang berkenaan.

SEBENARNYAMY juga menyediakan platform dan cara untuk orang ramai sahkan berita atau menyalurkan maklumat dalam talian yang tidak ditentusahkan untuk perhatian dan pengesahan agensi terlibat.

Baca juga: Cara-Cara Untuk Semak Tahap Vaksinasi Di Sekolah Menggunakan Portal COVIDNOW

Peranan SEBENARNYA.MY

Menyekat dan menangani dengan berkesan gejala penularan berita palsu dalam talian yang boleh memberi kesan kepada masyarakat dan negara serta membudayakan amalan ‘semak sebelum sebar’, agar masyarakat lebih ‘celik fakta’ dan waspada sebelum bertindak menyebarkan berita yang tidak ditentukan kesahihannya.

Platform media sosial dan aplikasi telefon pintar SEBENARNYA.MY

Facebook: https://www.facebook.com/sebenarnya.myofficial/
Twitter: https://twitter.com/sebenarnyamy
Telegram: https://t.me/sebenarnyamy
Peranti Android: Google Play
Peranti iOS: Apple App Store

Pencapaian SEBENARNYA.MY

Setakat 15 Jun 2021, SEBENARNYA.MY telah mencatatkan kunjungan lebih dari 258 juta layaran dengan anggaran purata 5 juta layaran setiap bulan.

Peningkatan jumlah layaran secara mendadak dicatat pada tahun 2020 ekoran daripada penularan maklumat yang diragui kesahihannya berkenaan COVID-19.

LANGKAH-LANGKAH

1) Untuk menyalurkan maklumat, layari portal SEBENARNYA.MY di https://sebenarnya.my/

2) Klik ‘SALUR KEPADA KAMI’.

LANGKAH-LANGKAH

3) Isi butiran yang bertanda * – WAJIB DIISI

SALUR KEPADA KAMI

4) Laporkan ‘Maklumat’, pilih ‘Sumber Berita’ dan berikan ‘Alamat Web Terbabit’ (jika ada).

Klik Hantar

5) Klik ‘Hantar’.

Maklumat lanjut

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai cara untuk sahkan berita yang tersebar dalam talian dengan menyalurkan maklumat ke portal SEBENARNYAMY, sila hubungi:

Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM),
Lot 4G9, Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62100 Putrajaya.

Sebarang aduan atau laporan berkaitan kandungan SEBENARNYA.MY pula boleh dibuat melalui saluran-saluran berikut:

Portal Aduan: https://aduan.skmm.gov.my/
Talian Aduan: 1800-188-030
Faks: 03-8688 1880
SMS: SKMM ADUAN [Butiran Aduan] SMS ke 15888
E-mel: [email protected]

Sumber: Portal SEBENARNYA.MY

Leave a Reply

Your email address will not be published.