Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Langkah-Langkah Untuk Membayar Cukai Taksiran, Kompaun, Lesen Dan Sewa Menggunakan PBTPay

Urusan pembayaran cukai taksiran, kompaun, lesen dan sewa bagi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) kini lebih mudah dengan menggunakan PBTPay.

Apakah PBTPay?

PBTPay adalah sebuah portal pembayaran secara atas talian sepusat rasmi bagi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang dibangunkan oleh Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Peranan PBTPay

Portal ini dibangunkan khas untuk memberikan kemudahan dan keselesaan kepada orang ramai untuk membuat bayaran kepada PBT.

Kini orang ramai tidak lagi perlu beratur untuk menyemak dan membayar cukai taksiran, kompaun, lesen dan sewa kerana ianya kini lebih mudah dilakukan menggunakan PBTPay di mana-mana sahaja.

Baca juga: Cara-Cara Membuat Pembelian Dokumen Sokongan SSM Secara Dalam Talian Menggunakan eDokumen

Ciri-ciri PBTPay

1) Pelbagai jenis pembayaran seperti cukai, kompaun, lesen dan sewa PBT disediakan.

2) Pembayaran boleh dibuat menggunakan kaedah pembayaran perbankan internet FPX (Financial Process Exchange).

3) Semakan untuk mendapatkan maklumat akaun dan pembayaran turut disediakan.

Senarai PBT yang mengambil bahagian

1) Perlis

  • Majlis Perbandaran Kangar

2) Kedah

  • Majlis Bandaraya Alor Setar
  • Majlis Perbandaran Sungai Petani
  • Majlis Perbandaran Kulim
  • Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan
  • Majlis Daerah Baling
  • Majlis Daerah Bandar Baharu
  • Majlis Perbandaran Kubang Pasu
  • Majlis Daerah Padang Terap
  • Majlis Daerah Pendang
  • Majlis Daerah Sik
  • Majlis Daerah Yan

3) Pulau Pinang

  • Majlis Bandaraya Pulau Pinang
  • Majlis Bandaraya Seberang Perai

4) Perak

  • Majlis Perbandaran Manjung
  • Majlis Perbandaran Kuala Kangsar
  • Majlis Perbandaran Taiping
  • Majlis Perbandaran Teluk Intan
  • Majlis Daerah Kampar
  • Majlis Daerah Gerik
  • Majlis Daerah Kerian
  • Majlis Daerah Batu Gajah
  • Majlis Daerah Lenggong
  • Majlis Daerah Pengkalan Hulu
  • Majlis Daerah Perak Tengah
  • Majlis Daerah Selama
  • Majlis Daerah Tanjong Malim
  • Majlis Daerah Tapah
  • Majlis Bandaraya Ipoh

5) Selangor

  • Majlis Bandaraya Shah Alam
  • Majlis Perbandaran Klang
  • Majlis Bandaraya Subang Jaya
  • Majlis Perbandaran Sepang
  • Majlis Perbandaran Hulu Selangor
  • Majlis Perbandaran Kuala Langat
  • Majlis Perbandaran Kuala Selangor

6) Negeri Sembilan

  • Majlis Bandaraya Seremban
  • Majlis Daerah Jelebu
  • Majlis Perbandaran Jempol
  • Majlis Daerah Kuala Pilah
  • Majlis Daerah Rembau
  • Majlis Daerah Tampin

7) Melaka

  • Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah
  • Majlis Perbandaran Jasin
  • Majlis Perbandaran Alor Gajah
  • Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya

8) Johor

(Akan datang)

9) Pahang

  • Majlis Daerah Jerantut
  • Majlis Daerah Lipis
  • Majlis Daerah Maran
  • Majlis Daerah Pekan
  • Majlis Daerah Raub
  • Majlis Daerah Rompin
  • Majlis Daerah Bera

10) Terengganu

  • Majlis Perbandaran Kemaman

11) Kelantan

  • Majlis Perbandaran Kota Bharu
  • Majlis Daerah Bachok
  • Majlis Daerah Gua Musang
  • Majlis Daerah Ketereh
  • Majlis Daerah Kuala Krai
  • Majlis Daerah Machang
  • Majlis Daerah Pasir Mas
  • Majlis Daerah Pasir Puteh
  • Majlis Daerah Tanah Merah
  • Majlis Daerah Tumpat
  • Majlis Daerah Jeli

NOTA: Senarai ini dikemas kini dari semasa ke semasa. PBT yang tidak tersenarai akan dimasukkan ke dalam sistem tidak lama lagi.

LANGKAH-LANGKAH

1) Layari https://pbtpay.kpkt.gov.my

2) Klik ‘SEMAK BIL’ untuk membuat semakan bil yang ingin dibayar.

1 PBTPay

3) Masukkan butiran yang diperlukan dan klik ‘SEMAK’. Anda juga boleh terus log masuk dengan mengklik ‘Masuk’ atau klik ‘Daftar Pengguna’ sekiranya anda belum mempunyai akaun.

LANGKAH-LANGKAH

4) Untuk mendaftar akaun baru, klik ‘Daftar’ selepas mengisi butiran yang diperlukan. Anda akan menerima ‘No. Pin’ melalui e-mel.

Daftar Akaun

5) Klik ‘Aktifkan Akaun’ dan masukkan ‘No. MyKad’ beserta ‘No. Pin’ yang diterima melalui e-mel sebelum mengklik ‘Hantar’.

Aktifkan Akaun

6) Selepas pendaftaran berjaya, anda kini sudah boleh menggunakan PBTPay dengan mengisi butiran yang diperlukan dan klik ‘LOG MASUK’.

5 Log Masuk

7) Pilih PBT yang diingini dan jenis bayaran yang ingin dibuat.

8) Ikuti arahan yang diberikan seterusnya untuk membuat pembayaran.

Maklumat lanjut

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai langkah-langkah untuk membayar cukai taksiran, kompaun, lesen dan sewa menggunakan PBTPay, sila hubungi:

Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT),
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT),
No.51, Persiaran Perdana, Presint 4,
62100 Putrajaya.
E-mel: [email protected]

Sumber: Facebook KPKT

Leave a Reply

Your email address will not be published.