Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Cara Untuk Membeli Tiket Tren ETS, KTM Antarabandar Dan KTM Komuter Menggunakan KTMB Integrated Ticketing System (KITS)

Terdapat cara mudah untuk membeli tiket ETS dan tren KTM menggunakan KTMB Integrated Ticketing System (KITS) bagi mereka yang ingin bercuti atau pulang ke kampung sempena kebenaran merentas negeri yang bermula 11 Oktober 2021.

Apakah KTMB Integrated Ticketing System (KITS)?

KTMB Integrated Ticketing System (KITS) adalah sistem tiket baharu yang diperkenalkan oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) untuk pembelian tiket bagi perkhidmatan tren Electric Train Service (ETS), KTM Antarabandar dan KTM Komuter (Utara).

Kaedah menggunakan KITS

1) Laman web KITS.

2) Aplikasi KTMB Mobile untuk peranti iOS, Android dan Huawei yang boleh dimuat turun melalui Apple App Store, Google Play dan HUAWEI AppGallery.

3) Kaunter dan kiosk KTMB.

Kelebihan KITS

1) Menikmati tambang konsesi (tertakluk kepada terma dan syarat).

2) Pembatalan tiket dan pindaan perjalanan secara dalam talian (tertakluk kepada terma dan syarat).

3) Pemberitahuan status perjalanan tren secara dalam talian.

4) Tiket dan resit pembelian boleh dikongsi dan dicetak secara dalam talian.

5) Mendapat maklumat promosi terkini dari semasa ke semasa.

6) Penggunaan KTMB e-Wallet.

Baca juga: Cara-Cara Untuk Merancang Percutian Ke Langkawi Di Bawah Program Gelembung Pelancongan MOTAC

LANGKAH-LANGKAH

1) Layari KITS di pautan berikut: https://online.ktmb.com.my/

2) Klik ‘Login / sign up’ untuk pendaftaran.

1 KTMB Integrated Ticketing System (KITS)

3) Klik ‘Sign up now’ (anda juga boleh menggunakan akaun Facebook atau Google anda).

LANGKAH-LANGKAH

4) Untuk pendaftaran akaun baru, masukkan maklumat yang diperlukan seperti di bawah:

  • E-mel
  • Kata laluan
  • Nama seperti di dalam MyKad
  • Nombor Mykad/Passport
  • Nombor telefon bimbit
  • Jantina

5) Tandakan “Setuju” untuk ‘Privacy Policy’.

6) Klik ‘Sign up’.

Sign up

7) Anda akan menerima satu notifikasi melalui e-mel.

8) Klik pautan yang diberi dalam e-mel tersebut untuk mengaktifkan akaun anda.

9) Pendaftaran akaun anda kini sudah berjaya. ‘Login’ untuk terus menggunakan KITS.

Login

10) Pilih destinasi, tarikh dan masa perjalanan dan seterusnya buat pembayaran tiket anda.

KITS

KOD PROMO: Mulai 12 Oktober 2021, gunakan kod promo BOLEHRENTAS dan CUTIKERETAPI semasa pembelian tiket bagi menikmati penjimatan berganda (tertakluk kepada terma dan syarat).

Maklumat lanjut

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai cara untuk membeli tiket tren ETS, KTM Antarabandar dan KTM Komuter menggunakan KTMB Integrated Ticketing System (KITS), sila hubungi:

KTMB Integrated Ticketing System (KITS),
Legal and Secretarial Services Unit,
2nd Floor, KTMB Corporate Headquarters,
Jalan Sultan Hishamuddin,
50621 Wilayah Persekutuan,
Kuala Lumpur.
Call Center: 03-2267 1200
E-mel: [email protected]

Sumber: Facebook KTMB

Leave a Reply

Your email address will not be published.