Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Urusan memperbaharui pasport kini boleh dibuat secara dalam talian menggunakan perkhidmatan MyOnline Passport yang disediakan oleh Jabatan Imigresen Malaysia.
MyOnline Passport merupakan salah satu perkhidmatan secara dalam talian yang disediakan oleh Jabatan Imigresen Malaysia melalui platform digital MyIMMs – eServices.
Selain dari permohonan untuk memperbaharui pasport menggunakan MyOnline Passport, perkhidmatan lain yang ditawarkan melalui MyIMMs – eServices ialah MyOnline Permit, MyOnline Residence Pass dan MyOnline Foreign Maid/Foreign Worker.
1) Pemohon mesti berumur 13 tahun ke atas yang telah dikeluarkan dengan e-pasport (pasport bercip).
2) Pemohon perlu mengisi maklumat yang benar dan tepat di dalam ruangan yang disediakan dalam sistem.
3) Bagi pemohon di bawah umur 18 tahun, hanya penjaga yang sah yang telah memberi kebenaran semasa permohonan yang terdahulu dibenarkan membuat permohonan secara atas talian.
4) Pemohon mesti memuatnaik gambar/foto bersaiz pasport yang terbaharu.
5) Bayaran boleh dibuat menggunakan kad kredit/debit terus (FPX). Kadar bayaran adalah seperti berikut:
6) Pemohon perlu hadir sendiri untuk mengambil pasport dengan mengemukakan kad pengenalan, pasport sedia ada dan resit bayaran. Wakil tidak dibenarkan.
7) Kegagalan mengemukakan dokumen atau hadir akan menyebabkan pasport tidak akan diserah.
8) Pasport pembaharuan di dalam keadaan biasa sahaja.
9) Buku pasport mestilah di dalam keadaan baik (tidak rosak, berconteng, terkena air dan sebagainya).
10) Pemohon yang pasportnya hilang atau rosak tidak dibenarkan membuat permohonan secara atas talian.
11) Seseorang warganegara yang berada secara tidak sah atau melanggar undang-undang di luar negara adalah tidak layak untuk membuat permohonan pasport secara atas talian.
1) Layari https://imigresen-online.imi.gov.my/eservices/main
2) Klik ‘Permohonan Pasport – Application for the renewal of passport’.
3) Baca terma dan syarat yang dinyatakan dan klik ‘SETUJU’.
4) Anda akan dibawa ke halaman ‘MYONLINE*PASPORT: PERMOHONAN PASPORT’. Isi butiran yang diperlukan dan klik ‘CARIAN’.
5) Setelah membuat pemilihan ‘Pejabat Pungutan’ dan proses carian berjaya, anda akan dibawa ke halaman seterusnya untuk proses pembayaran.
Permohonan anda akan diproses dan anda akan dimaklumkan mengenai tarikh dan masa pengambilan pasport di pejabat pengeluar pasport yang telah dipilih.
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai cara-cara untuk memperbaharui pasport secara dalam talian menggunakan perkhidmatan MyOnline Passport, sila hubungi:
Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia,
Kementerian Dalam Negeri,
No. 15, Tingkat 1-7,
Blok 2G4 (Menara & Podium),
Persiaran Perdana, Presint 2,
62550 Putrajaya.
Tel: 03-8000 8000
E-mel: [email protected]