Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Langkah-Langkah Untuk Memohon Bantuan Perniagaan Di Bawah Program Musa’adah Tijariyyah 2.0 Baitulmal MAIWP

Usahawan yang tinggal di Wilayah Persekutuan kini boleh memohon bantuan perniagaan Baitulmal MAIWP di bawah program Musa’adah Tijariyyah 2.0.

Apakah program Musa’adah Tijariyyah 2.0 Baitulmal MAIWP?

Program ini dianjurkan oleh Baitulmal Maijlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bagi menyalurkan bantuan dalam bentuk kewangan sebagai modal pusingan bagi peniaga-peniaga kecil yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

Jumlah bantuan

RM3,000.00.

Jenis perniagaan

1) Makanan dan minuman.

2) Barangan kering (pakaian, kasut, aksesori, produk kecantikan, bahan bacaan ilmiah dan lain-lain).

3) Perkhidmatan (gunting rambut, salun, spa kecantikan, urutan, pendawaian dan lain-lain).

4) Produk-produk yang bercanggah dengan hukum syarak tidak akan dipertimbangkan.

Lokasi/tapak perniagaan yang dibenarkan

1) Premis perniagaan atau kedai yang berada di dalam/luar Wilayah Persekutuan adalah dibenarkan.

2) Premis atau kedai yang berada di luar Wilayah Persekutuan walau bagaimanapun, hanya dipertimbangkan bagi kes-kes seperti berikut:

  • Perniagaan bergerak.
  • Premis atau kedai berada di kawasan Lembah Klang/Kuala Lumpur/Selangor.
  • Pelatih/penghuni di bawah institusi MAIWP yang tidak terikat dengan kawasan Lembah Klang.

Baca juga: Langkah-Langkah Untuk Memohon Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Mikro 2.0 (CBRM 2.0) Anjuran TEKUN Nasional

Tarikh permohonan

Permohonan dibuka mulai 18 Oktober 2021 sehingga 31 Oktober 2021.

Syarat kelayakan

1) Beragama Islam.

2) Warganegara Malaysia.

3) Bermastautin dan masih menetap di Wilayah Persekutuan sekurang-kurangnya 1 tahun.

4) Belum pernah menerima Bantuan Perniagaan Baitulmal MAIWP dari tahun 2020 ke atas termasuk Musa’adah Tijariyyah 1.0.

5) Perniagaan adalah berdaftar sekurang-kurangnya 2 bulan dari tempoh permohonan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan masih aktif.

6) Perniagaan adalah sumber utama pendapatan dan aktiviti perniagaan dijalankan secara sepenuh masa. Pengisytiharan melalui akuan sumpah adalah diperlukan.

7) Tertakluk kepada pengiraan had kifayah.

Dokumen sokongan yang diperlukan

1) Satu salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan.

2) Satu surat akuan sumpah pendapatan pemohon dan pasangan.

3) Satu salinan bil utiliti terkini.

4) Satu salinan sijil pendaftaran perniagaan SSM yang masih aktif.

5) Satu salinan penyata akaun/surat pengesahan akaun bank individu yang menunjukkan maklumat pemohon dan transaksi terakhir/terkini (kecuali Tabung Haji dan ASB).

LANGKAH-LANGKAH

1) Muat turun borang permohonan DI SINI. Borang juga boleh didapati di Pusat Agihan Zakat (PAZA) berhampiran.

1 Musa’adah Tijariyyah Baitulmal MAIWP

LANGKAH-LANGKAH

2) Borang permohonan yang lengkap diisi bersama-sama dengan dokumen sokongan hendaklah diserahkan sebelum tarikh tutup permohonan di lokasi-lokasi berikut:

  • Pusat Agihan Zakat (PAZA).
  • MAIWP Cawangan Labuan dan Putrajaya.

3) Pemohon yang layak akan dimaklumkan melalui SMS. Sekiranya tiada maklumat diterima selepas 30 hari tarikh tutup, permohonan dianggap tidak berjaya.

4) Pemohon yang layak adalah diwajibkan untuk menghadiri sesi Seminar Asas Keusahawanan sebelum proses bayaran dapat dilaksanakan.

Maklumat lanjut

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai langkah-langkah untuk memohon bantuan perniagaan di bawah program Musa’adah Tijariyyah 2.0 Baitulmal MAIWP, sila hubungi:

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan,
Aras G, 1, 7, 8, 9, 10, 11, 19, 20, 22,
Bangunan PERKIM, No. 150,
Jalan Ipoh, 51200 Kuala Lumpur.
Tel: 019-224 2752

Sumber: Laman web rasmi MAIWP

Leave a Reply

Your email address will not be published.