Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Cara-Cara Permohonan Kemasukan Pelajar Tingkatan 1 Dan 4 Ke Sekolah Khusus Tahun 2022 Melalui PKSK

Permohonan kini dibuka bagi kemasukan pelajar Tingkatan 1 dan 4 ke Sekolah Khusus tahun 2022 melalui Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK).

Apakah Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK)?

PKSK merupakan satu kaedah pentaksiran standard secara berpusat bagi kemasukan murid ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 ke Sekolah Khusus bagi tahun 2022 secara dalam talian yang menggunakan kaedah single entry point.

Single entry point bermaksud satu sistem permohonan yang menggunakan platform berpusat secara dalam talian bagi kemasukan ke sekolah khusus menggunakan padanan Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM).

APDM pula ialah satu sistem pangkalan data murid secara dalam talian yang menyimpan segala maklumat berkenaan murid.

PKSK tidak menggantikan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) atau Penilaian Tingkatan 3 (PT3) tetapi merupakan satu kaedah untuk menilai penguasaan murid secara keseluruhan dan tidak hanya memberi tumpuan kepada prestasi akademik semata-mata.

Komponen PKSK

1) Bahagian A: Kecerdasan Insaniah (EQ, SQ dan SSQ) – dalam talian, objektif aneka pilihan (20%)

2) Bahagian B: Kecerdasan Intelek (IQ, Pengetahuan Am dan Penyelesaian Masalah) – dalam talian, objektif aneka pilihan (70%)

3) Bahagian C: Artikulasi Penulisan – bertulis, subjektif (respon terbuka), tajuk ditetapkan (10%)

Jenis Sekolah Khusus

1) Sekolah Berasrama Penuh (SBP) – Tingkatan 1 dan 4.

2) Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) – Tingkatan 1 dan 4.

3) Sekolah Menengah Teknik (SMT) – Tingkatan 4.

4) Kolej Vokasional (KV) – Tahun 1 KV.

5) Maktab Tentera Diraja (MTD) – Tingkatan 4.

Syarat kelayakan

1) Warganegara Malaysia.

2) Mendaftar dalam Sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) Kementerian Pendidikan Malaysia.

3) Murid Tahun 6 Tahun 2021:

  • Berumur 12 tahun.
  • Atau lahir pada 2 Januari 2009 hingga 1 Januari 2010.

4) Murid Tingkatan 3 Tahun 2021:

  • Berumur 15 tahun.
  • Atau lahir pada 2 Januari 2006 hingga 1 Januari 2007.

Baca juga: Cara-Cara Untuk Semak Tahap Vaksinasi Di Sekolah Menggunakan Portal COVIDNOW

Tarikh permohonan

Mulai 10 Oktober 2021 hingga 15 November 2021.

Semakan pusat PKSK

Mulai 1 Disember 2021.

Tarikh PKSK

Tingkatan 1: Mulai 17 Januari 2022 hingga 27 Januari 2022.

Tingkatan 4: Mulai 7 Februari 2022 hingga 17 Februari 2022.

Keputusan PKSK

15 Mac 2022.

LANGKAH-LANGKAH

1) Permohonan ke Tingkatan 1 boleh diakses melalui pautan https://spskt1.moe.gov.my manakala permohonan ke Tingkatan 4 melalui pautan https://spskt4.moe.gov.my

2) Klik ‘PERMOHONAN’.

3) Pemadanan dengan sistem APDM akan dibuat. Pemohon hanya perlu memasukkan nombor MyKid/MyKad sendiri beserta nombor MyKad penjaga utama dan ‘Klik Untuk Login’ untuk memulakan proses permohonan.

LANGKAH-LANGKAH

4) Pemohon seterusnya diminta untuk mengisi butiran yang diperlukan serta akan diberi pilihan untuk memilih Sekolah Khusus, pusat PKSK dan maklumat lain.

5) Klik ‘HANTAR’ untuk menghantar permohonan.

Maklumat lanjut

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai cara-cara permohonan kemasukan pelajar Tingkatan 1 dan 4 ke Sekolah Khusus tahun 2022 melalui PKSK, sila hubungi:

Kementerian Pendidikan Malaysia,
Blok E8, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Telefon: 03-8884 6456
E-mel: [email protected]

Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published.