Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Cara Untuk Membuat Tuntutan Penyakit Kritikal Dan Hospitalisasi Di Bawah Skim mySalam

Penerima manfaat skim Perlindungan Masyarakat mySalam yang diperkenalkan oleh kerajaan adalah layak untuk membuat tuntutan bagi penyakit kritikal dan hospitalisasi.

Apakah mySalam?

Kerajaan ingin menyediakan sebuah skim pelindungan kesihatan sosial untuk membantu golongan miskin yang memerlukan bantuan mengatasi masalah kewangan apabila menghidapi penyakit-penyakit kritikal.

Oleh yang demikian, mySalam diperkenalkan sebagai sebuah inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma oleh kerajaan yang memberikan perlindungan takaful kepada individu yang layak menerima manfaat skim Perlindungan Masyarakat mySalam melalui Tabung Amanah mySalam.

Bayaran yang dikenakan

Percuma.

Syarat kelayakan

Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) iaitu mereka daripada golongan berikut:

1) Individu berumur antara 18 hingga 65 tahun dan pasangan.

2) Individu bujang berumur antara 40 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun.

3) Individu OKU berumur antara 18 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun.

Baca juga: Cara-Cara Untuk Memohon Bantuan Khas Pengurusan Kematian COVID-19 NADMA Sebanyak RM5,000 Secara ‘One-Off’

Pemakluman melalui Perkhidmatan Pesanan Ringkas (SMS)

Mereka yang layak untuk skim mySalam akan dimaklumkan melalui SMS bermula daripada 1 Mac 2019. Sekiranya tiada SMS diterima, hubungi talian bantuan mySalam di 1 300 888 938 yang beroperasi 24 jam sehari, 7 hari seminggu untuk mendapatkan bantuan lanjut atau e-mel [email protected].

Tarikh berkuatkuasa

Perlindungan mySalam untuk golongan B40 telah berkuatkuasa pada 1 Januari 2019.

Pengendali mySalam

Buat masa ini, mySalam dikendalikan oleh Great Eastern Takaful Berhad yang merupakan sebuah pengendali takaful yang didaftarkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dan dikawalselia oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

Manfaat mySalam

Pembayaran tunai RM8,000 dibayar sekali seumur hidup apabila didiagnos salah satu daripada 45 penyakit kritikal dan pembayaran tunai RM50 sehari hospitalisasi untuk maksimum 14 hari.

Senarai penyakit kritikal dan hospital yang mengambil bahagian

  • Senarai 45 penyakit kritikal boleh dilihat menggunakan pautan INI.
  • Senarai hospital yang mengambil bahagian boleh dilihat menggunakan pautan INI.

LANGKAH-LANGKAH

Berikut merupakan cara untuk membuat tuntutan bagi penyakit kritikal dan hospitalisasi mySalam. Pemohon akan menerima SMS dan makluman melalui portal sama ada tuntutan diluluskan atau tidak.

Tuntutan yang berjaya akan dikreditkan terus ke akaun penerima, seperti yang didaftarkan di bawah skim Bantuan Sara Hidup Rakyat dalam masa 10 hari bekerja.

1 Skim mySalam

Tuntutan penyakit kritikal

1) Layari https://www.mysalam.com.my/b40/public/ dan log masuk menggunakan ‘No. KP Ahli’ dan ‘Kata Laluan’ yang dihantar melalui SMS (atau kata laluan terkini yang telah tetapkan).

2) Klik ‘Muat turun Borang’ dan muat turun borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’, berdasarkan jenis penyakit kritikal.

3) Dapatkan doktor atau pakar yang merawat untuk melengkapkan borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’.

4) Log masuk ke https://www.mysalam.com.my/b40/public/ dan klik ikon ‘Tuntutan’, kemudian ikon ‘Penghantaran Tuntutan’. Skrol ke bawah laman dan klik ikon ‘Tuntutan Penyakit Kritikal’.

5) Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Muat naik’ untuk memuat naik dokumen berikut dalam format *.pdf atau *.jpeg

  • Borang Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor
  • Salinan dokumen pengenalan seperti Kad Pengenalan (depan dan belakang)

6) Klik butang ‘Hantar’ untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.

Tuntutan hospitalisasi

1) Layari https://www.mysalam.com.my/b40/public/ dan log masuk menggunakan ‘No. KP Ahli’ dan ‘Kata Laluan’ yang dihantar melalui SMS (atau kata laluan terkini yang telah tetapkan).

2) Klik ikon ‘Tuntutan’, kemudian ikon ‘Penghantaran Tuntutan’. Skrol ke bawah laman dan klik ikon ‘Tuntutan Hospitalisasi’.

3) Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Muat naik’ untuk memuat naik dokumen berikut dalam format *.pdf atau *.jpeg

  • Salinan Nota Discaj
  • Salinan dokumen pengenalan seperti Kad Pengenalan (depan dan belakang)

4) Klik butang ‘Hantar’ untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.

LANGKAH-LANGKAH

Maklumat lanjut

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai cara untuk membuat tuntutan penyakit kritikal dan hospitalisasi di bawah skim mySalam, sila hubungi:

Talian Bantuan mySalam: 1-300-88-8938
E-mel: [email protected]

Sumber: Portal mySalam

Leave a Reply

Your email address will not be published.