Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Kerajaan telah melancarkan Pakej Remaja Keluarga Malaysia dan Pakej Peranti Keluarga Malaysia bagi membantu rakyat untuk memiliki peranti dan akses internet.
Pakej Remaja Keluarga Malaysia adalah sebuah pakej prabayar baharu khusus bagi membantu golongan remaja dan pelajar memperoleh akses internet untuk pembelajaran dalam talian dari rumah tanpa sebarang kekangan data.
Pakej Peranti Keluarga Malaysia pula merupakan sebuah inisiatif kerajaan yang membolehkan semua warganegara Malaysia untuk memiliki/menaik taraf peranti mudah alih terpilih yang bertaraf 4G Voice over Long-Term Evolution (VoLTE) secara percuma.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa telah melancarkan kedua-dua pakej tersebut pada 14 Oktober yang lepas sebagai bukti komitmen kerajaan dalam memastikan setiap rakyat mempunyai akses kepada internet pada harga patut.
Baca juga: Langkah-Langkah Untuk Menebus Subsidi RM300 Atau RM180 Di Bawah Program Jaringan Prihatin B40
Data 20GB untuk 3 bulan dengan hanya RM30 (RM10/bulan) untuk aktiviti produktiviti setiap hari serta internet asas tanpa had. Pakej ini termasuk 1GB data harian (sebanyak 90GB untuk 3 bulan) percuma untuk aktiviti produktiviti.
Miliki atau naik taraf kepada peranti 4G dan VoLTE secara percuma bagi langganan bulanan serendah RM40 sebulan melalui kontrak selama 12 hingga 24 bulan (tertakluk kepada jenis peranti dan perkhidmatan yang dilanggani). Pakej ini termasuk 1GB data harian percuma untuk aktiviti produktiviti.
Golongan remaja dan pelajar adalah layak untuk menikmati pakej ini. Mereka di bawah umur 21 tahun hanya perlu mendaftar menggunakan MyKad manakala yang melebihi 21 tahun perlu mendaftar menggunakan kad pelajar atau alamat e-mel institut pengajian tinggi masing-masing.
Setiap warganegara Malaysia layak untuk menikmati tawaran pakej ini dan boleh melanggan sehingga dua pakej dengan pendaftaran menggunakan MyKad yang sama.
Tempoh mendaftar untuk kedua-dua pakej ini adalah selama 6 bulan mulai 15 Oktober 2021 hingga 15 April 2022.
1) Layari laman web penyedia perkhidmatan telekomunikasi yang mengambil bahagian melalui pautan berikut untuk sebarang maklumat terkini dan urusan pendaftaran:
https://www.celcom.com.my/personal/devices/pakej-peranti-keluargamalaysia
https://www.digi.com.my/support/help-center/promotions/pakej-perantikeluarga-malaysia
https://www.hotlink.com.my/ms/faq/campaigns/pakej-keluargamalaysia/peranti/
https://www.u.com.my/support/selfhelp/faqs/64/7446
https://unifi.com.my/smartdevice/mobile
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai langkah-langkah untuk mendaftar dalam Pakej Remaja Keluarga Malaysia dan Pakej Peranti Keluarga Malaysia, sila hubungi penyedia perkhidmatan telekomunikasi masing-masing atau hubungi:
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia,
Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC),
MCMC HQ, Tower 1,
Jalan Impact,
Cyber 6,
63000 Cyberjaya,
Selangor Darul Ehsan.
Tel: 03-8688 8000
Faks: 03-8688 1000
E-mel: [email protected]
Laman web: https://www.mcmc.gov.my