Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Cara-Cara Untuk Memohon Program Perantis JUMPER Anjuran Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB)

Graduan Bumiputera yang berminat dalam bidang keusahawanan adalah dipelawa untuk menyertai program perantis JUMPER anjuran Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB).

Apakah program perantis JUMPER anjuran PUNB?

PUNB telah diwujudkan untuk meningkatkan penyertaan dan penglibatan Bumiputera dalam bidang keusahawanan dan melahirkan sebuah Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) yang dinamik, berdaya tahan, progresif dan berjaya.

Program JUMPER anjuran PUNB ini merupakan latihan keusahawanan di bawah bimbingan mentor perniagaan yang berpengalaman dalam industri perniagaan yang terpilih.

Ia disasarkan kepada graduan muda Bumiputera yang berminat untuk menceburkan diri dalam bidang keusahawanan serta menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan.

Baca juga: Cara-Cara Untuk Mendaftar Dalam Program GLOW PEMULIH Anjuran Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC)

Manfaat program

1) Elaun sara diri sebanyak RM1,200 sebulan.

2) Dibimbing oleh usahawan mentor selama 8 bulan.

3) Berpeluang mempelajari ilmu perniagaan dari mentor yang berpengalaman.

4) Kursus keusahawanan yang relevan dengan ilmu perniagaan dan selari dengan perubahan masa kini.

5) Pemantauan dan konsultasi perniagaan disediakan sepanjang program.

6) Pembiayaan perniagaan sehingga maksimum RM100,000 ATAU RM300,000 (perniagaan berkonsep) bagi mereka yang layak. Tertakluk kepada terma dan syarat.

7) Pembiayaan patuh syariah.

Tempoh program

Sepenuh masa selama 8 bulan.

Syarat kelayakan

1) Graduan Bumiputera berumur 30 tahun dan ke bawah semasa tarikh pendaftaran.

2) Pemegang Ijazah, Diploma atau Sijil Kemahiran (Tahap 2 ke atas) dari Institusi yang diiktiraf kerajaan atau Malaysian Qualifications Agency (MQA).

3) Komited menjalani latihan industri secara sepenuh masa selama 8 bulan.

4) Berminat menjadikan perniagaan sebagai kerjaya pilihan dan mempunyai pengalaman dalam bidang perniagaan.

5) Berminat mencari program latihan dan bimbingan serta membuka perniagaan berkonsep bersama syarikat-syarikat mentor yang terpilih.

6) Calon yang telah mengikuti Program JUMPER PUNB sebelum ini tidak layak memohon.

Tarikh tutup permohonan

4 November 2021.

Senarai mentor JUMPER

Untuk melihat senarai terkini mentor JUMPER, sila klik pautan ini.

LANGKAH-LANGKAH

1) Layari https://www.punbbiz.com.my/jumper dan klik ‘PERMOHONAN JUMPER’.

2) Untuk membuat pendaftaran, klik ‘Daftar’ atau ‘LOG MASUK’ bagi yang telah membuat pendaftaran. Akaun Facebook juga boleh digunakan untuk pendaftaran dengan mengklik ikon Facebook.

LANGKAH-LANGKAH

3) Teruskan mengisi butiran yang diperlukan dan klik ‘DAFTAR’. Setelah pendaftaran selesai, kembali semula untuk ‘LOG MASUK’.

2 Klik DAFTAR

4) Isi semua ruangan di dalam borang permohonan dan pastikan dokumen sokongan (salinan kad pengenalan, salinan sijil akademik tertinggi dan resume) adalah lengkap. Bagi yang berniaga, sila sertakan sekali salinan pendaftaran syarikat dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan penyata bank 2 bulan terkini (sekiranya ada).

5) Hanya permohonan yang lengkap sahaja akan di proses. Semakan kelulusan boleh dibuat di https://jumper.punbbiz.com.my/login

6) Pemohon akan dipanggil untuk ditemuduga oleh panel PUNB dan mentor. Sekiranya disenarai pendek, pemohon akan menyertai kursus induksi sebelum dipanggil untuk melaporkan diri dalam program JUMPER.

Maklumat lanjut

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai cara-cara untuk memohon program perantis JUMPER anjuran Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), sila hubungi:

Perbadanan Usahawan Nasional Berhad,
Tingkat 10, Blok 1B,
Plaza Sentral,
Jalan Stesen Sentral 5,
Kuala Lumpur Sentral,
50470 Kuala Lumpur.

Pusat Khidmat Pelanggan PUNB: 1-300-13-7862
E-mel: [email protected]

Sumber: Laman Rasmi PUNB

Leave a Reply