Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Kerajaan telah mengumumkan Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) akan dibayar secara sekali beri (one-off) bagi membantu rakyat yang terkesan akibat COVID-19.
BKP merupakan bantuan tunai yang disediakan oleh kerajaan sebagai inisiatif bantuan yang akan disalurkan kepada pekerja yang kehilangan pendapatan tanpa had umur akibat pandemik COVID-19.
Bantuan ini membabitkan peruntukan kewangan sebanyak RM434 juta demi memberi manfaat kepada seramai 870 ribu individu yang kehilangan sumber pendapatan pada tahun ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut menyatakan hasrat kerajaan terus komited dalam memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia sentiasa terbela, terutama kumpulan sasar yang terjejas akibat pandemik COVID-19.
Tunai RM500 secara ‘one-off’ atau sekali beri.
Kategori penerima yang layak menerima BKP adalah berdasarkan data Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) seperti berikut:
1) Mempunyai caruman KWSP/PERKESO sekurang-kurangnya 6 bulan pada tahun 2020.
2) Tiada caruman sekurang-kurangnya selama 3 bulan berturut-turut sehingga 30 Jun 2021 (caruman untuk bulan April, Mei, Jun 2021).
Permohonan tidak perlu dibuat kerana semakan kelayakan akan dibuat berdasarkan data KWSP dan PERKESO.
Boleh dibuat secara dalam talian mulai 26 Oktober 2021.
Dibayar secara berperingkat mulai 26 Oktober 2021. Pemakluman pembayaran BKP juga dibuat melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) berdasarkan nombor telefon bimbit yang telah didaftarkan.
1) Pengkreditan ke akaun bank
Pembayaran terus ke akaun bank berdasarkan maklumat akaun bank yang didaftarkan sekiranya penerima turut menerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), Bantuan Khas COVID-19 (BKC) dan Geran Khas Prihatin (GKP) sebelum ini ATAU berdasarkan status akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) yang aktif.
2) Tunai di kaunter BSN
Sekiranya tiada maklumat akaun bank semasa permohonan BPR, BKC dan GKP sebelum ini ATAU tidak mempunyai status akaun BSN yang masih aktif.
1) Layari portal BKP di https://bkp.hasil.gov.my/
2) Masukkan nombor MyKad mengikut contoh format yang diberi dan klik ikon ‘kanta pembesar’.
3) Isi kod yang diberi dan klik ikon ‘anak panah’.
4) Keputusan semakan akan dipaparkan.
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai cara untuk semak Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) sebanyak RM500 yang dibayar secara ‘one-off’ mulai 26 Oktober 2021, sila hubungi:
Ibu Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia,
Menara Hasil, Persiaran Rimba Permai,
Cyber 8, 63000 Cyberjaya, Selangor.
Hasil Care Line: 03-8911 1000
Laman web: https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/
Sumber: Portal Rasmi LHDN