Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Langkah-Langkah Untuk Memohon Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Menggunakan Sistem eSPKR

Kerajaan telah mewujudkan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) sebagai satu inisiatif bagi meningkatkan kualiti hidup keluarga miskin tegar di Malaysia.

Apakah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT)?

PPRT merupakan salah satu komponen program Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) yang diwujudkan menerusi Rancangan Malaysia Ke Sebelas (RMK-11), Teras Kedua.

Ia merupakan salah satu matlamat utama kerajaan yang sentiasa prihatin menjaga kesejahteraan dan mendahulukan kebajikan rakyat.

Objektif PPRT

Meningkatkan kualiti hidup keluarga miskin tegar dan miskin dengan membina atau membaik pulih rumah bagi menyediakan tempat kediaman keluarga yang lebih selamat dan selesa.

Skop dan kadar bantuan semasa PPRT

1) Bina Baharu

Bantuan pembinaan rumah baharu kepada penerima yang tidak mempunyai rumah atau rumah yang didiami terlalu uzur, tidak selamat diduduki dan tidak ekonomik untuk dibaiki.

  • Semenanjung: 3 bilik, 660 kps, RM56,000
  • Sabah, Sarawak, Labuan: 3 bilik, 660 kps, RM68,000 (Rumah Panjang, 715 kps)

2) Baik Pulih

Bantuan yang melibatkan penyelenggaraan, penambahbaikan dan requisition rumah yang sedia ada serta melibatkan komponen-komponen asas sesebuah rumah sahaja.

  • Semenanjung: RM13,000
  • Sabah, Sarawak, Labuan: RM15,000

Baca juga: Cara Untuk Membeli Rumah Mampu Milik Di Wilayah Persekutuan Di Bawah Program Residensi Wilayah

Syarat-syarat kelayakan

Ketua Isi Rumah (KIR)

Kriteria ditentukan berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa yang berkuat kuasa dan mengikut syarat-syarat berikut:

1) Disahkan sebagai miskin tegar atau miskin yang berdaftar dalam Bank Data Kemiskinan Nasional (e-Kasih); atau

2) Diperaku dan disahkan layak oleh Mesyuarat Focus Group Pembasmian Kemiskinan Peringkat Daerah (FGD) atau Negeri (FGN) atau jawatankuasa yang setara dengannya di peringkat negeri; atau

3) Diperaku oleh agensi-agensi kerajaan yang terlibat dalam program pembasmian kemiskinan; atau

4) Diperaku oleh jawatankuasa di peringkat Kementerian.

Bina Baharu

1) Tidak mempunyai rumah;

2) Rumah yang didiami terlalu uzur dan tidak selamat didiami;

3) Tidak ekonomik untuk dibaiki;

4) Memiliki tanah sendiri (pemilikan penuh); atau

5) Pemilikan tanah sebahagian atau mendapat kebenaran menggunakan tanah daripada Tuan Tanah (tanah atas milik ibu/bapa/adik-beradik/saudara-mara yang mempunyai pertalian darah dengan pemohon atau tanah Kerajaan atau tanah wakaf) dengan mengemukakan Borang Kebenaran Menggunakan Tanah). <Borang Kebenaran Tanah boleh dimuat turun di sini>

Baik Pulih

1) Bantuan diberikan kepada peserta yang mempunyai rumah yang uzur atau rosak disebabkan oleh bencana dan masih ekonomik untuk dibaiki.

2) Mendapat kebenaran untuk membaik pulih bagi kes menumpang tanah milik orang lain/tanah milik sebahagian/tanah Kerajaan dengan mengemukakan Borang Kebenaran Menggunakan Tanah. <Borang Kebenaran Tanah boleh dimuat turun di sini>

Syarat-syarat tambahan

Keutamaan bantuan diberikan kepada golongan berikut:

1) Warga emas;

2) Orang kurang upaya (OKU);

3) Ibu/bapa tunggal yang mempunyai tanggungan ramai;

4) Mangsa bencana yang berskala kecil; dan

4) Negeri-negeri dan daerah yang mempunyai kadar kemiskinan tegar yang tinggi.

LANGKAH-LANGKAH

1) Layari Sistem eSPKR di https://espkr.rurallink.gov.my/v1/online/ (permohonan PPRT hanya boleh dibuat secara atas talian).

2) Klik ‘Program Perumahan Rakyat Termiskin’ dan ‘OK’.

Sistem eSPKR

3) Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan klik ‘Seterusnya’.

LANGKAH-LANGKAH

4) Ikuti arahan yang diberikan seterusnya untuk menghantar permohonan.

Klik ‘Seterusnya’

NOTA: Dokumen sokongan seperti maklumat berkaitan pemilikan harta/tanah, pendapatan, gambar Kad Pengenalan (depan dan belakang) dan gambar rumah semasa (sekiranya ada) juga adalah diperlukan semasa proses permohonan.

Maklumat lanjut

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai langkah-langkah untuk memohon Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), sila hubungi:

Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB),
No 47, Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62100 Putrajaya.

Telefon: 03-8000 8000
E-mel: [email protected]

Sumber: Portal Rasmi KPLB

Leave a Reply