Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Mereka yang kehilangan sumber pendapatan akibat tidak dibayar gaji bagi menjalani rawatan COVID-19 di hospital kini boleh memohon Bantuan Khas COVID-19 dari NADMA.
Agensi Pengurusan Bencana Negara atau NADMA telah menyediakan Bantuan Khas COVID-19 bagi meringankan beban rakyat yang kehilangan pendapatan semasa dikuarantin/dirawat akibat wabak COVID-19.
RM100 sehari sehingga maksimum 14 hari (one off).
Bantuan khas ini hanya akan diberikan sekali sahaja (one-off) dalam tempoh penularan jangkitan COVID-19 dan tidak akan diberikan bagi kes yang berulang.
Bayaran akan dibuat secara Electronic Fund Transfer (EFT) ke akaun bank pemohon yang layak dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen permohonan yang lengkap.
Warganegara Malaysia yang bekerja di Malaysia tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji kerana;
Permohonan adalah TIDAK LAYAK sekiranya:
1) Salinan MyKad pemohon.
2) Surat Perintah Kuarantin COVID-19 dari KKM (Annex 14/Annex 17) atau Discharge Note/Medical Certificate dari hospital bagi pesakit yang dirawat kerana COVID-19.
3) Salinan muka depan penyata bank/buku akaun bank yang masih aktif.
1) Muat turun dokumen-dokumen berikut melalui pautan yang diberi:
http://www.nadma.gov.my/images/nadma/documents/bantuan/Bantuan_Khas_COVID19_lampiran_a.pdf
http://www.nadma.gov.my/images/nadma/documents/bantuan/Bantuan_Khas_COVID19_lampiran_b.pdf
http://www.nadma.gov.my/images/nadma/documents/bantuan/Bantuan_Khas_COVID19_lampiran_c.pdf
2) Isikan dokumen-dokumen tersebut dengan lengkap dan hantarkan permohonan:
Ketua Pengarah
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)
Jabatan Perdana Menteri
Aras 7, Blok D5, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA
(u.p.: Sekretariat Bantuan Khas COVID-19)
atau
https://bkcovid19.nadma.gov.my/v2/
3) Semakan kelulusan permohonan juga boleh dibuat melalui pautan: https://bkcovid19.nadma.gov.my/v2/
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai cara-cara untuk memohon Bantuan Khas COVID-19 NADMA, sila hubungi:
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)
Telefon: 03-8870 4800
E-mel: [email protected]
Sumber: Portal Rasmi NADMA