Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Cara Untuk Mendaftar Dalam Program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS)

Kaum ibu di Selangor yang layak adalah dipelawa untuk mendaftar dalam program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) anjuran Kerajaan Negeri Selangor.

Apakah Kasih Ibu Smart Selangor (KISS)?

Bagi menghargai pengorbanan besar kaum ibu, Kerajaan Negeri Selangor memperkenalkan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS), sebuah program kebajikan khusus bagi kaum ibu di kalangan golongan berpendapatan rendah (Kumpulan B40).

Objektif KISS

Mengurangkan beban kos sara hidup golongan wanita atau kaum ibu menerusi bantuan kewangan bagi pembelian barangan keperluan asas.

Kaedah KISS

Pembelian barangan keperluan asas di kedai dan pasaraya yang berdaftar dapat dilakukan secara tanpa tunai (cashless) menggunakan kad KISS.

Kad KISS

1) Kad KISS akan diberi kepada setiap ahli yang layak.

2) Kad KISS boleh diguna di kedai serta pasaraya berdaftar.

3) Urus niaga pembelian barangan keperluan asas adalah secara tanpa tunai (cashless).

4) Pembelian barangan keperluan asas adalah terhad sebanyak RM200 sebulan.

5) Baki nilai bagi bulan terdahulu tidak akan dibawa ke bulan hadapan.

6) Kad KISS akan ditambah nilai ke tahap RM 200pada setiap bulan secara automatik.

Kad KISS

Senarai barangan

1) Beras.

2) Mi dan bihun.

3) Roti.

4) Biskut.

5) Telur.

6) Gula dan garam.

7) Rempah ratus.

8) Tepung.

9) Minyak masak.

10) Sayur-sayuran.

11) Daging ayam, lembu, kambing dan ikan.

12) Sabun dan bahan pencuci.

13) Lampin pakai buang (bayi/dewasa).

14) Produk tenusu seperti susu segar, susu tepung, susu sejat dan susu pekat manis.

15) Barangan persekolahan seperti kasut, beg, buku, alat tulis, pakaian seragam dan sebagainya.

Baca juga: Cara Untuk Mendaftar Dalam Sistem Pangkalan Data Bersepadu Isi Rumah Miskin – eKasih

Senarai kedai

Untuk senarai kedai yang mengambil bahagian dalam program KISS, sila rujuk di pautan ini.

Syarat kelayakan

1) Warganegara Malaysia.

2) Lahir di Selangor atau telah menetap di Selangor melebihi 10 tahun.

3) Pemilih berdaftar di Selangor.

4) Wanita berkeluarga (berkahwin atau ibu tunggal) yang mempunyai anak/tanggungan di bawah umur 18 tahun ATAU di bawah umur 21 tahun untuk yang masih belajar di Institusi Pengajian Tinggi.

5) Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM 2,000.00.

6) Berdaftar sebagai pemohon Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) di bawah kategori pendapatan bawah RM2,000.00 atau tersenarai sebagai golongan miskin atau miskin tegar di pangkalan data eKasih.

LANGKAH-LANGKAH

1) Hadir sendiri ke lokasi berikut untuk mengambil borang pendaftaran:

  • Pejabat Ahli Dewan Negeri/Penyelaras Dewan Negeri
  • Pejabat Ahli Parlimen/Penyelaras Parlimen
  • Pejabat Ketua-Ketua Kampung Tradisi, Kampung Baru, Kampung Bagan, Ketua Komuniti India, Pejabat Ahli Majlis
  • Pusat Wanita Berdaya

ATAU muat turun borang permohonan menggunakan pautan ini.

2 Borang KISS

2) Borang permohonan yang yang lengkap hendaklah diserahkan ke Pejabat Ahli Dewan Negeri/Penyelaras Dewan Negeri/Pejabat Exco Kebajikan Kerajaan Negeri Selangor yang boleh disemak menggunakan pautan ini.

3) Untuk menyemak status permohonan dan mengaktifkan kad KISS, sila layari https://kiplepay.com/cards/card-activation

Semakan KISS

NOTA: Buat masa ini, permohonan secara dalam talian hanyalah untuk golongan ibu tunggal sahaja iaitu dengan melayari https://secure.kiss.com.my/single-mother

Permohonan KISS

Maklumat lanjut

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai cara untuk mendaftar dalam program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS), sila hubungi:

SELCARE Management Sdn. Bhd.
Telefon: 1800-22-6600
Faks: 03-5525 6900
E-mel: [email protected]
Laman web: https://www.kiss.com.my/hubungi-kami

Sumber: Portal Rasmi Kerajaan Negeri Selangor

Leave a Reply