Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Langkah-Langkah Pendaftaran OKU Secara Dalam Talian Menggunakan Khidmat MyDaftar OKU

Pendaftaran golongan Orang Kurang Upaya (OKU) kini lebih mudah dan boleh dibuat secara dalam talian menggunakan khidmat MyDaftar OKU.

Apakah khidmat MyDaftar OKU?

Khidmat MyDaftar OKU merupakan Sistem Pendaftaran Orang Kurang Upaya yang dilancarkan pada 27 Oktober 2021 oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun.

Sistem ini akan memantapkan lagi penyampaian perkhidmatan kepada golongan OKU menerusi pangkalan data dan sistem maklumat yang komprehensif.

Ini bagi memastikan golongan OKU tidak tercicir daripada perhatian dan sokongan kerajaan selaras dengan slogan Keluarga Malaysia.

Objektif

MyDaftar OKU bertujuan bagi menambah baik sistem pendaftaran sedia ada yang menggunakan platform Sistem Maklumat OKU (SMOKU).

Baca juga: Cara Untuk Memohon Skim Bantuan Bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Untuk Golongan OKU

Manfaat

1) Pemberian bantuan kewangan dapat disalurkan mengikut syarat dan kelayakan semasa OKU.

2) OKU yang berdaftar mendapat pelepasan/pengecualian cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

3) Pemohon juga menerima Skim Bantuan Galakan Perniagaan OKU di bawah Kementerian Sumber Manusia.

4) Pengurangan dan diskaun khas tambang serta tiket pengangkutan awam.

5) Bantuan bagi golongan pelajar OKU di sekolah.

Kad OKU

Kad digital dalam bentuk Kod QR yang dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan akan diberikan kepada pemohon sebelum kad OKU fizikal diberikan pula kelak.

Ini bagi memudahkan akses golongan OKU kepada semua kemudahan dan perkhidmatan yang menggunakan aplikasi Kod QR.

LANGKAH-LANGKAH

1) Layari SMOKU di https://oku.jkm.gov.my/

2) Klik ‘MyDaftar OKU’.

MyDaftar OKU

3) Isi butiran yang diperlukan serta lengkapkan Borang Permohonan Pendaftaran Orang Kurang Upaya (BPPOKU Pindaan 2019) mengikut bahagian berikut:

  • Bahagian A: Biodata Pemohon.
  • Bahagian C: Keizinan Mengeluarkan Maklumat Perubatan (jika pemohon mengalami ketidakupayaan tidak jelas iaitu selain daripada kudung kaki/tangan/ibu jari atau mana-mana dua jari kaki/tangan).

4) Klik ‘Hantar’ dan cetak BPPOKU Pindaan 2019 tersebut.

Klik ‘Hantar’

5) Borang perlu mendapat pengesahan dari Pakar Perubatan/Pegawai Perubatan/Pengamal Perubatan di Klinik/Hospital Kerajaan/Swasta (bagi OKU tidak jelas sahaja iaitu OKU yang tidak kudung kaki/tangan/ibu jari atau mana-mana dua jari kaki/tangan).

6) Borang yang lengkap perlu diserahkan dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh permohonan ke Pejabat Kebajikan Masyakat Daerah berhampiran bersama-sama dokumen sokongan berikut:

  • Salinan MyKad/MyKid.
  • Gambar berukuran pasport (bagi pemegang MyKid/Surat Beranak sahaja).

7) Semakan boleh dibuat dengan melayari SMOKU dan klik ‘Semakan OKU’.

Maklumat lanjut

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai langkah-langkah pendaftaran OKU secara dalam talian menggunakan khidmat MyDaftar OKU, sila hubungi:

Ibu Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat,
Aras 6, 9-18,
No 55, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya
Telefon: 03-8000 8000
Faks: 03-8323 2045

ATAU

Unit OKU Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri masing-masing di pautan ini.

Sumber: Portal Rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat

Leave a Reply