Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Cara Untuk Membuat Transaksi Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Menggunakan Perkhidmatan EzBiz Online

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah menyediakan perkhidmatan EzBiz Online bagi memudahkan orang ramai untuk membuat pelbagai transaksi secara dalam talian.

Apakah EzBiz Online SSM?

EzBiz Online merupakan satu sistem perkhidmatan yang disediakan oleh SSM bagi transaksi pendaftaran perniagaan dalam talian yang boleh dilakukan 24 jam sehari, 7 hari seminggu.

Syarat kelayakan

1) Warganegara Malaysia atau Penduduk Tetap.

2) Berumur 18 tahun ke atas.

3) Setiap pemilik/rakan kongsi perlu mendaftar sebagai pengguna Ezbiz Online terlebih dahulu kemudian hadir ke pejabat SSM terdekat sekali sahaja untuk tujuan keselamatan dan pengesahan identiti pemilik.

Baca juga: Langkah-Langkah Untuk Mendaftar Perniagaan Di Bawah Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) Untuk B40 Dan Pelajar IPT

Perkhidmatan yang ditawarkan

1) Pendaftaran perniagaan baru:

  • Nama Sendiri
  • Name ‘Tred’

2) Pendaftaran perubahan maklumat perniagaan:

  • Perubahan Alamat Perniagaan
  • Perubahan Jenis Perniagaan
  • Perubahan Maklumat Cawangan
  • Perubahan maklumat pemilik/rakan kongsi

3) Pembaharuan perakuan pendaftaran (boleh dibuat sebelum tamat hingga dalam tempoh 12 bulan selepas tarikh tamat perakuan pendaftaran).

4) Penamatan perniagaan (hanya untuk perniagaan aktif dan sebelum tamat tempoh perakuan pendaftaran).

5) Perkhidmatan kompaun:

  • Untuk menyemak kompaun tertunggak
  • Untuk pembayaran kompaun

Bayaran yang dikenakan

1) Pendaftaran Perniagaan baru:

  • Nama Sendiri: RM30.00 setahun
  • Nama ‘Tred’: RM60.00 setahun
  • Cawangan: RM5.00 setahun bagi setiap cawangan

2) Perubahan butir-butir perniagaan: RM20.00

3) Penamatan Perniagaan: Tiada bayaran dikenakan

4) Pembaharuan Perniagaan:

  • Nama Sendiri: RM30.00 setahun
  • Nama ‘Tred’: RM60.00 setahun
  • Cawangan: RM5.00 setahun bagi setiap cawangan

5) Cetakan Maklumat Perniagaan: RM10.00

Kaedah pembayaran

Kad Kredit dan FPX (Financial Process Exchange/Perbankan Online).

LANGKAH-LANGKAH

Pendaftaran adalah percuma bagi menggalakkan lebih ramai pengguna menggunakan perkhidmatan ini. Pemohon walau bagaimanapun, perlu mempunyai e-mel serta nombor telefon bimbit yang aktif untuk dihubungi.

1) Untuk mula mendaftar, layari https://ezbiz.ssm.com.my/

2) Klik ‘Sign Up’.

Klik ‘Sign Up’

3) Isikan semua maklumat yang bertanda (*) dan klik ‘Register’.

Klik ‘Register’

4) Isi butiran yang diperlukan, ‘tick’ bahagian ‘Declaration’ dan klik ‘Save’.

5) Satu notifikasi akan dihantar melalui e-mel bersama dengan nombor rujukan (EZxxxxx).

6) Pengguna perlu hadir ke pejabat SSM yang berdekatan bagi tujuan verifikasi ID (sekali sahaja) dengan membawa dokumen berikut:

  • Kad pengenalan
  • Surat pengesahan JPN jika cap ibu jari rosak (jika berkaitan)
  • Kad OKU (jika berkaitan)

7) Pengguna seterusnya akan menerima e-mel yang memaklumkan proses verifikasi telah berjaya dan ID EzBiz Online telah diaktifkan.

8) Log masuk EzBiz Online di  https://ezbiz.ssm.com.my/ dengan mengklik ‘Sign In’ untuk mula menggunakan perkkhidmatan yang ditawarkan.

Maklumat lanjut

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai cara untuk membuat transaksi Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menggunakan perkhidmatan EzBiz Online, sila hubungi pusat panggilan SSM di talian 03-7721 4000 atau e-mel ke: [email protected]

Anda juga digalakkan untuk ‘Like/Follow’ platform media sosial SSM untuk maklumat terkini mengenai EzBiz Online:
• Facebook: Suruhanjaya Syarikat Malaysia
• Instagram: @ssmofficialpage
• Twitter: @ssmofficialpage
• Telegram: https://t.me/ssmofficialpage

Sumber: Portal Rasmi SSM

Leave a Reply