Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Cara-Cara Untuk Bayar Saman Trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Dalam Talian Menggunakan MyBayar Saman

Orang ramai boleh menggunakan perkhidmatan MyBayar Saman bagi menyemak dan membayar kompaun saman trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM) secara dalam talian.

Apakah MyBayar Saman?

MyBayar Saman merupakan satu inisiatif Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM bagi mewujudkan alternatif kepada orang ramai untuk membayar saman trafik dengan lebih cepat dan mudah.

Ia dilancarkan sempena sambutan Hari Polis Ke-214 pada 25 Mac 2021 oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador selaras dengan objektif MyDIGITAL oleh kerajaan bagi menyediakan pilihan pembayaran tanpa tunai menjelang tahun 2022.

MyBayar Saman juga diwujudkan bagi mendukung dasar kerajaan melalui Pelan Strategik e-Pembayaran Sektor Awam dan Pelan Pelaksanaan Peningkatan Perkhidmatan Dalam Talian Kerajaan Secara End-To-End (E2E).

Baca juga: Cara-Cara Untuk Memperbaharui Lesen Memandu Dan Cukai Jalan JPJ Menggunakan Portal mySIKAP

Kaedah MyBayar Saman

Terdapat 2 kaedah yang digunakan iaitu melalui:

1) Portal MyBayar Saman yang boleh diakses di https://mybayar.rmp.gov.my

ATAU

2) Aplikasi telefon pintar MyBayar Saman yang boleh dimuat turun di Google Play, Apple App Store atau HUAWEI AppGallery.

LANGKAH-LANGKAH

Portal MyBayar Saman

(1) Layari portal MyBayar Saman di https://mybayar.rmp.gov.my

MyBayar Saman

(2) Klik “DAFTAR” sekiranya anda belum pernah mendaftar ATAU terus ke Langkah (5) jika sebaliknya.

(3) Isi ‘Maklumat Pengguna’ dengan lengkap dan klik “SETERUSNYA”.

Portal MyBayar Saman

(4) Pendaftaran anda berjaya selepas anda menerima ‘Pengesahan OTP’ (one-time password) melalui telefon bimbit.

(5) Masukkan ‘No. MyKad/No. Pendaftaran Syarikat’ DAN ‘Kata Laluan’ seterusnya klik “LOG MASUK”.

(6) Semak saman yang ingin dibayar dan klik “BAYAR” di Butiran Saman.

(7) Pilih ‘Mod Pembayaran’ dan klik “BAYAR” untuk menyelesaikan pembayaran saman anda.

Aplikasi MyBayar Saman

(1) Muat turun aplikasi MyBayar Saman di Google Play, Apple App Store atau HUAWEI AppGallery.

Aplikasi MyBayar Saman

(2) Klik “DAFTAR” sekiranya anda belum pernah mendaftar ATAU terus ke Langkah (5) jika sebaliknya.

(3) Isi ‘Maklumat Pengguna’ dengan lengkap dan klik “SETERUSNYA”.

(4) Pendaftaran anda berjaya selepas anda menerima ‘Pengesahan OTP’ (one-time password) melalui telefon bimbit.

(5) Pilih ‘Semakan Saman’ untuk memaparkan butiran saman.

(6) Pilih ‘Bayaran Saman’ untuk memilih saman yang ingin dibayar.

(7) Pilih ‘Mod Pembayaran’ dan klik “BAYAR” untuk menyelesaikan pembayaran saman anda.

Maklumat lanjut

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai cara-cara untuk bayar saman trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam talian menggunakan MyBayar Saman, sila hubungi:

Cawangan Pengurusan Saman,
Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik,
Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia,
Bukit Aman,
50560 Kuala Lumpur.

E-mel: [email protected]

Sumber: Facebook Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM

Leave a Reply

Your email address will not be published.