Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Langkah-Langkah Untuk Membuat Permohonan Perkhidmatan Patching Sijil SPM Oleh Lembaga Peperiksaan

Lembaga Peperiksaan (LP) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kini menawarkan perkhidmatan patching sijil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi mereka yang memerlukan.

Apakah perkhidmatan patching sijil SPM?

Perkhidmatan patching sijil peperiksaan SPM merupakan satu perkhidmatan baharu yang ditawarkan oleh LP bagi menggabungkan keputusan terbaik beberapa peperiksaan dalam satu sijil SPM baharu.

Misalnya, pada tahun 2019, seorang pelajar menduduki peperiksaan SPM buat pertama kali tetapi hanya menerima Pernyataan Keputusan SPM 2019 dan tidak layak menerima sijil.

Pada tahun berikutnya, pelajar tersebut mengulangi peperiksaan dan layak menerima sijil SPM 2020. Pelajar tersebut kini boleh membuat permohonan perkhidmatan patching.

Dengan membuat patching, beliau akan menerima gabungan semua keputusan terbaik 12 mata pelajaran dan tahun keputusan tersebut diperolehi dalam satu sijil SPM yang baharu.

1 Perkhidmatan Patching Sijil SPM

Manfaat perkhidmatan patching sijil SPM

1) Memberi peluang pelajar memperoleh sijil yang menggabungkan beberapa keputusan terbaik ke dalam satu sijil peperiksaan SPM sahaja.

2) Meningkatkan kualiti, tahap keselamatan dan kesahihan sijil peperiksaan yang dikeluarkan oleh LP.

Baca juga: Langkah-Langkah Untuk Menyemak Pengiktirafan Program Pengajian Menggunakan eSisraf

Syarat kelayakan

1) Hanya calon yang telah memperoleh sijil SPM sahaja layak untuk memohon perkhidmatan patching.

2) Permohanan hanya terhad kepada 12 mata pelajaran sahaja.

Bayaran yang dikenakan

Bayaran proses sebanyak RM100.00 dikenakan bagi setiap permohonan (Wang Pos atau Kiriman Wang atas nama Akauntan Negara Malaysia atau pembayaran secara tunai di kaunter LP sahaja. Cek persendirian tidak diterima).

LANGKAH-LANGKAH

1) Isi borang LP/SIJIL/Pin 3/2020 yang boleh didapati di kaunter Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Lembaga Peperiksaan (LP), Putrajaya atau dimuat turun menggunakan pautan ini.

LANGKAH-LANGKAH

2) Sila sertakan sekali dengan salinan Sijil SPM atau Pernyataan Keputusan SPM yang telah disahkan bagi setiap permohonan bersama-sama dengan dua sampul beralamat sendiri berukuran 11cm x 22cm serta bersetem RM1.30 pada setiap sampul (Pos Ekspress/Pos Laju/Courier/lain-lain adalah digalakkan).

  • Pemohon yang hadir sendiri ke kaunter perlu membawa dokumen bukti pengenalan diri.
  • Pemohon yang tidak dapat hadir boleh melantik wakil secara bertulis yang terdiri daripada ahli keluarga terdekat dengan membawa bersama Surat Pelantikan Wakil yang ditandatangani oleh pemohon beserta salinan Kad Pengenalan pemohon yang telah disahkan (tanpa Surat Pelantikan Wakil, agen atau syarikat tertentu tidak dibenarkan).
  • Permohonan melalui pos hendaklah disertakan bersama-sama salinan Kad Pengenalan pemohon dan dialamatkan kepada:

PENGARAH PEPERIKSAAN, LEMBAGA PEPERIKSAAN,
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA, ARAS 10, BLOK E11,
KOMPLEKS E, PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
62604 PUTRAJAYA
(u.p.: UNIT KECIL SIJIL)

Maklumat lanjut

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai langkah-langkah untuk membuat permohonan perkhidmatan patching sijil SPM oleh Lembaga Peperiksaan, sila hubungi:

Lembaga Peperiksaan,
Aras 2 , Blok E11, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604, Putrajaya.

Portal Rasmi LP: http://lp.moe.gov.my/
Telefon: 03-8884 3785 / 3787
Faksimili: 03-8884 3783
E-mel: [email protected]

Sumber: Portal Rasmi Lembaga Peperiksaan

Leave a Reply