Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Cara Untuk Menyertai Program Perniagaan Dan Keusahawanan [email protected]

Golongan wanita dipelawa untuk merebut peluang bagi menjana pendapatan dan memperkukuhkan ekonomi melalui program perniagaan dan keusahawanan [email protected]

Apakah program perniagaan dan keusahawanan [email protected]?

Inisiatif Wanita [email protected] diwujudkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bagi menghubungkan peluang pekerjaan kepada wanita serta mendekatkan mereka kepada platform dan peluang perniagaan atau keusahawanan.

Sejak mula dilancarkan pada 1 September yang lalu oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun, sehingga 31 Oktober 2021, seramai 1,744 wanita telah mendapat peluang pekerjaan dan penjanaan pendapatan di bawah inisiatif ini.

Manfaat program

Membantu wanita mencari jalan keluar daripada kesempitan hidup dan bangkit untuk maju dalam membantu keluarga meningkatkan taraf ekonomi.

Golongan sasar

Wanita dalam kalangan suri rumah, B40, M40 dan wanita yang menjadi Ketua Isi Rumah termasuk ibu tunggal yang terkesan akibat situasi pandemik COVID-19.

Baca juga: Cara Untuk Mendaftar Dalam Program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS)

Kaedah pelaksanaan

1) Sektor formal

Peluang pekerjaan akan ditawarkan oleh pihak industri dan syarikat swasta yang akan dikumpulkan dan ditawarkan kepada wanita berminat melalui karnival kerjaya yang dianjurkan oleh Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) dengan kerjasama pihak Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

2) Sektor informal

Wanita yang berminat akan dihubungkan kepada platform dan peluang perniagaan dan keusahawanan sama ada melalui agensi kerajaan, swasta dan juga pihak industri di mana wanita tersebut berpeluang menjadi pemilik perniagaan sendiri, menjadi agen, stokis mahupun ejen dropship.

Rakan strategik

Di antara syarikat yang berkolaborasi dalam program [email protected] buat masa ini adalah seperti berikut:

1) HEYHO Sdn. Bhd.

2) Leong Hup International Berhad.

3) Syukor Dagang Sdn. Bhd.

4) UniSeri.my (UniKL Resources Sdn. Bhd.)

5) MyKasih Capital (Yayasan Kebajikan Negara)

6) MamaCare.my (Family Wellbeing Sdn. Bhd.)

7) MITVANA Asia (DSAB Holdings Sdn. Bhd.)

8) Talent Corporation Malaysia Berhad.

9) Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

10) RichWorks International Sdn. Bhd.

LANGKAH-LANGKAH

1) Layari https://www.kpwkm.gov.my/WanitaBangkit

1 WanitaBangkit@KPWKM

2) Pilih satu ‘RAKAN KOLABORASI STRATEGIK’ dengan cara mengklik dari senarai logo syarikat yang dipaparkan.

LANGKAH-LANGKAH

3) Pemohon akan dibawa ke laman web syarikat yang dipilih untuk membuat pendaftaran dan seterusnya menghantar permohonan bagi menyertai program [email protected] syarikat tersebut.

Maklumat lanjut

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai cara untuk menyertai program perniagaan dan keusahawanan [email protected], sila hubungi:

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM),
No 55, Persiaran Perdana Presint 4,
62100 Putrajaya.

Portal Rasmi: https://www.kpwkm.gov.my
Telefon: 03-8000 8000
Faksimili: 03-8323 2000
E-mel: [email protected]

Sumber: Portal Rasmi KPWKM

Leave a Reply

Your email address will not be published.