Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Orang ramai yang ingin melakukan sebarang aktiviti mendaki atau beriadah dalam kawasan Hutan Simpanan Kekal perlu memohon permit dari Pejabat Hutan Daerah terlebih dahulu.
Sebarang aktiviti mendaki bukit dan gunung di dalam Hutan Lipur, Hutan Taman Negeri dan Hotspot Rekreasi yang tersenarai dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK) perlu permohonan permit yang dibuat melalui Pejabat Hutan Daerah (PHD) masing-masing.
Menurut Akta Perhutanan Negara 1984, adalah menjadi satu kesalahan memasuki HSK tanpa kebenaran atau permit.
Sebelum melakukan sebarang aktiviti, orang ramai disaran untuk menyemak terlebih dahulu sama ada lokasi yang dirancang termasuk dalam kawasan HSK.
Semakan HSK boleh dibuat dengan mengimbas kod QR di bawah, melayari portal rasmi Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia iaitu https://www.forestry.gov.my, atau pun dengan menggunakan pautan ini.
Sekiranya, kawasan tersebut tersenarai dalam HSK, permohonan permit perlu dibuat melalui PHD yang berkaitan.
Sebagai contoh, setelah semakan dibuat di Selangor, didapati Gunung Semangkok, Bukit Jugra dan Air Terjun Sungai Chiling merupakan kawasan HSK.
Bayaran masuk atau permit yang dikenakan ialah sebanyak RM5 untuk setiap satu kawasan dan permohonan permit masing-masing boleh dibuat di PHD Hulu Selangor, PHD Pantai Klang dan Jabatan Perikanan Negeri Selangor.
1) Untuk memohon permit di Selangor, layari portal rasmi Jabatan Perhutanan Negeri Selangor di: https://forestry.selangor.gov.my
LANGKAH-LANGKAH adalah berbeza bagi setiap negeri. Senarai bagi negeri yang lain adalah seperti berikut:
2) Klik ‘INFO AWAM’, ‘GERBANG PERKHIDMATAN AWAM’ dan ‘MUAT TURUN’.
3) Pilih ‘BORANG MEMASUKI HUTAN SIMPANAN KEKAL (MENDAKI GUNUNG)’ dan klik untuk muat turun (pautan ini juga boleh digunakan untuk memuat turun borang).
4) Lengkapkan borang tersebut (3 salinan) dan buat bayaran yang dikenakan.
5) Kemukakan borang beserta bukti pembayaran ke PHD yang berkenaan sekurang-kurangnya satu 1 minggu sebelum tarikh pendakian.
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai cara-cara untuk memohon permit mendaki dan memasuki kawasan Hutan Simpanan Kekal melalui Pejabat Hutan Daerah, sila hubungi:
Ibu Pejabat,
Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia,
Jalan Sultan Salahuddin,
50660 Kuala Lumpur.
Portal Rasmi: https://www.forestry.gov.my
Telefon: 03-26164488
Faksimili: 03-26925657