Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Langkah-Langkah Untuk Memohon Pekerjaan Di Bawah Inisiatif Malaysia Short-Term Employment Programme (MySTEP)

Kerajan meneruskan inisiatif Malaysia Short-Term Employment Programme (MySTEP) dengan menawarkan latihan dan peluang pekerjaan secara kontrak bermula Januari 2022.

Apakah Malaysia Short-Term Employment Programme (MySTEP)?

MySTEP merupakan inisiatif kerajaan bagi menyediakan latihan dan peluang pekerjaan jangka pendek di pelbagai kementerian dan agensi kerajaan serta Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) secara kontrak.

Inisiatif MySTEP yang diumumkan oleh kerajaan dalam Bajet 2021 berjaya mencapai sasaran keseluruhan iaitu sebanyak lebih 50,000 orang telah mendapat peluang pekerjaan.

Komitmen kerajaan dalam menyediakan pekerjaan diteruskan menerusi Bajet 2022 yang menyasarkan 80,000 peluang pekerjaan lagi dapat disediakan melalui inisiatif MySTEP kali ini.

Baca juga: Cara-Cara Untuk Memohon Elaun Mencari Pekerjaan Di Bawah Program SIP Prihatin 2.0 PEMULIH

Saluran program penempatan MySTEP

1) Sektor Awam – 50,000 peluang pekerjaan

2) GLC dan rakan strategik – 30,000 peluang pekerjaan

Tempoh kontrak perkhidmatan MySTEP

1) Sektor Awam – 1 hingga 12 bulan

2) GLC dan rakan strategik – 6 hingga 12 bulan

Kadar upah MySTEP

Jenis/Kompleksiti Tugas Berdasarkan Kesetaraan Akademik Sektor Awam​ Kadar (RM) GLC/Rakan Strategik​ Kadar Minimum* (RM)
Setaraf Ijazah Sarjana Muda 2,000 2,000
Setaraf Diploma/Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia 1,800 1,800
Setaraf Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 1,600 1,600
Tiada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 1,400

*Nota: Kadar sebenar tertakluk kepada setiap program penempatan GLC.​

Kemudahan yang ditawarkan MySTEP

Jenis Kemudahan Sektor Awam GLC/Rakan Strategik
Cuti Rehat 12 hari setahun Tertakluk kepada struktur program penempatan GLC masing-masing
Cuti Sakit 14 hari setahun Tertakluk kepada struktur program penempatan GLC masing-masing
Perlindungan Sosial Caruman KWSP dan PERKESO Caruman KWSP dan PERKESO jika berkenaan

Syarat kelayakan MySTEP

Sektor Awam GLC/Rakan Strategik
Warganegara Malaysia Warganegara Malaysia
18 tahun ke atas 18 tahun ke atas
Lepasan Sekolah/Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia/Lulusan Diploma/Lulusan Ijazah Sarjana Muda dan ke atas Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia/Lulusan Diploma/Lulusan Ijazah Sarjana Muda dan ke atas
Menganggur Menganggur

LANGKAH-LANGKAH

1) Iklan bagi mengisi kekosongan MySTEP disiarkan dari semasa ke semasa dan permohonan boleh dibuat secara terus kepada kementerian atau GLC tersebut. Buat masa ini, senarai kekosongan yang ada boleh disemak melalui pautan berikut:

LANGKAH-LANGKAH

2) Pemohon hanya perlu memilih dan klik dari senarai pautan di atas untuk mendaftar, meninggalkan butiran, menghantar resume atau mengemukakan terus permohonan mengikut kelayakan dan pengalaman masing-masing.

Maklumat lanjut

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai langkah-langkah untuk memohon pekerjaan di bawah inisiatif Malaysia Short-Term Employment Programme (MySTEP), sila hubungi:

Maklumat Perhubungan Untuk Sektor Awam​
Telefon: 03-8882 8896
E-mel: [email protected]

Maklumat Perhubungan Untuk Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC)
Telefon: 03-8882 3498
E-mel: [email protected]

Sumber: Portal Rasmi Bajet 2022

Leave a Reply