Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Peminjam bank yang mempunyai beban kewangan akibat pandemik COVID-19 kini boleh memohon Program Pengurusan Dan Ketahanan Kewangan (URUS).
URUS merupakan pakej bantuan holistik untuk membantu peminjam/pelanggan yang terjejas kerana masalah aliran tunai yang berpanjangan akibat COVID-19.
Pakej ini menawarkan sokongan pembangunan dan bantuan bayaran balik pinjaman, termasuk pelan kewangan mengikut individu (personalised financial plans), program pendidikan kewangan dan saluran untuk menambah pendapatan serta mendapatkan sokongan pembangunan lain melalui rujukan pada Rangkaian Sinergi Sosial AKPK (Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit).
Pelanggan/peminjam B50 (kumpulan 50 peratus terbawah) yang memenuhi semua kriteria berikut:
1) Mempunyai pendapatan isi rumah sehingga RM5,8801.
2) Kehilangan pekerjaan atau mengalami pengurangan pendapatan sekurang-kurangnya 50%.
3) Pinjaman/pembiayaan telah pun berada di bawah program bantuan bayaran balik sedia ada (seperti Bantuan Bayaran Balik Bersasar, PEMERKASA Plus, PEMULIH, penjadualan dan penstrukturan semula oleh bank dan sebagainya) pada 30 September 2021.
4) Pinjaman/pembiayaan tanpa tunggakan melebihi 90 hari pada tarikh permohonan URUS.
1) Pinjaman/pembiayaan perumahan.
2) Pinjaman/pembiayaan peribadi (termasuk pinjaman/pembiayaan Amanah Saham Bumiputera (ASB), pinjaman/pembiayaan pendidikan dan sebagainya).
3) Pinjaman/pembiayaan kenderaan.
4) Sewa beli.
5) Baki kad kredit/kemudahan kredit pusingan (overdraf/kemudahan kredit dan kredit perdagangan) yang telah ditukar kepada pinjaman/pembiayaan bertempoh.
Pemohon akan menerima Pelan Kewangan Mengikut Individu (Personalised Financial Plan, PFP) yang menetapkan jumlah bulanan bagi bayaran balik hutang dan jadual untuk tempoh sehingga 24 bulan.
PFP mengambil kira kesemua obligasi hutang yang sedia ada dan jumlah pendapatan semasa yang boleh diasingkan untuk membayar balik hutang pemohon selepas ditolak perbelanjaan sara hidup.
PFP merangkumi:
1) Pengecualian faedah selama 3 bulan.
2) Penangguhan bayaran dan pilihan lain, termasuk pengurangan bayaran ansuran, bagi membantu pemohon menguruskan keseluruhan hutang berdasarkan kemampuan.
3) Sokongan pembangunan, pendidikan dan khidmat nasihat bagi membantu pemohon menguruskan kewangan supaya menjadi lebih berdaya tahan dari segi kewangan.
Hanya salah SATU dari dokumen terkini berikut diperlukan untuk bukti pengurangan 50% pendapatan/pemberhentian kerja.
1) Penyata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
2) Penyata bank.
3) Borang cukai pendapatan.
4) Slip gaji/baucar bayaran.
5) Surat pemberhentian kerja oleh majikan.
Dibuka mulai 15 November 2021 hingga 31 Januari 2022.
1) Lengkapkan borang permohonan di bank masing-masing dengan menyenaraikan semua pinjaman dan pembiayaan.
Senarai laman web institusi perbankan dengan butiran mengenai program URUS mereka boleh dilihat di portal rasmi Bank Negara Malaysia: https://www.bnm.gov.my/urus
2) AKPK akan memaklumkan status permohonan melalui e-mel dalam masa 10 hari bekerja. Bagi pinjaman/pembiayaan kenderaan motor atau sewa beli, status akan dimaklumkan sendiri oleh pihak bank.
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai cara-cara untuk membuat permohonan Program Pengurusan dan Ketahanan Kewangan (URUS), sila hubungi:
Infoline URUS: 03-8966 3055
atau layari laman web berikut:
Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK)
Bank Negara Malaysia (BNM)
Sumber: Laman Web Rasmi AKPK