Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Individu yang layak dan ingin mendapatkan suntikan dos penggalak (booster dose) COVID-19 kini boleh membuat pendaftaran nama secara walk-in.
Suntikan dos penggalak merupakan pemberian suntikan vaksin bagi meningkatkan tahap imuniti dan memberikan perlindungan optimum yang mungkin menurun dalam tempoh tertentu selepas dos kedua.
Setakat ini, vaksin Comirnaty keluaran Pfizer-BioNTech merupakan satu-satunya vaksin COVID-19 yang diluluskan untuk dijadikan sebagai dos penggalak di Malaysia bermula 13 Oktober 2021.
Ia mula diberikan kepada penerima vaksin Comirnaty sebelum ini yang sekurang-kurangnya telah menerima dos kedua 6 bulan yang lalu.
Keutamaan diberikan kepada anggota barisan hadapan, warga emas berusia 60 tahun ke atas dan individu komorbid.
Bermula 22 Oktober 2021, dos penggalak Comirnaty mula diberikan pula kepada penerima vaksin Sinovac yang telah lengkap dos kedua sekurang-kurangnya 3 bulan yang lalu.
Kaedah campuran vaksin yang berbeza atau heterologous ini merupakan kaedah pemberian dos bukan dari jenis vaksin yang sama seperti dos pertama dan kedua.
Pemberian dos penggalak yang berbeza dari dos asal ini telah dilaksanakan di banyak negara. Di Chile misalnya, kajian menunjukkan penerima Sinovac berupaya mendapat keberkesanan sehingga 95%.
Menurut satu Kenyataan Media bertarikh 16 November 2021 dari Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 Penggalak (CITF-B), pendaftaran secara walk-in bagi individu yang layak dos penggalak atau yang belum menerima vaksin akan mula dilaksanakan.
Bagi memastikan vaksin tidak dibazirkan dan dapat digunakan secara optima, mereka yang mendaftar nama secara walk-in di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) fasiliti kesihatan swasta di seluruh negara akan dimasukkan ke dalam senarai menunggu (waiting list) terlebih dahulu.
Mereka kemudiannya akan dihubungi oleh pengamal perubatan swasta terbabit sekiranya ada pembatalan janji temu atau no show oleh mereka yang telah menerima janji temu vaksin dalam MySejahtera.
22 November 2021.
Percuma.
Comirnaty (Pfizer-BioNTech).
1) Individu yang layak pemberian dos penggalak yang belum menerima janji temu seperti berikut:
2) Individu (termasuk remaja berusia antara 12-17 tahun) yang masih belum menerima suntikan dos pertama atau kedua vaksin COVID-19.
3) Individu yang terlepas janji temu vaksin.
1) Pendaftaran dos penggalak (booster dose) boleh dibuat secara walk-in, melalui telefon atau e-mel di PPV yang mengambil bahagian di seluruh negara.
Senarai PPV boleh dirujuk di laman web ProtectHealth di https://protecthealth.com.my/ mulai 22 November 2021. Senarai juga akan dikemaskini dari semasa ke samasa.
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai langkah-langkah untuk mendapatkan suntikan vaksin dos penggalak (booster dose) secara walk-in, sila kunjungi laman web berikut:
Portal COVID-19: https://covid-19.moh.gov.my/
Laman web ProtectHealth: https://protecthealth.com.my/
Sumber: Portal Rasmi KKM