Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Golongan suri rumah kini boleh memilih untuk mencarum di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dengan insentif khas di bawah i-Suri.
Kerajaan telah memperkenalkan i-Suri buat golongan suri rumah yang ingin membuat caruman KWSP bagi memastikan kesejahteraan serta mengiktiraf sumbangan mereka kepada ahli keluarga dan pembangunan negara.
1) Pencarum akan menerima sumbangan kerajaan sebanyak RM480 setahun.
2) Pencarum akan menerima dividen tahunan KWSP.
3) Pencarum layak menerima Bantuan Hilang Upaya.
4) Pencarum layak menerima Bantuan Kematian sebanyak RM2,500.
5) Caruman boleh dibuat tidak mengira amaun dan pada bila-bila masa mengikut kemampuan dan masih boleh membuat pengeluaran mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.
1) Diri sendiri (isteri).
2) Suami kepada pasangan yang layak.
1) Warganegara Malaysia.
2) Belum mencapai umur 60 tahun.
3) Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR)/Wanita (KIR).
4) Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun ke dalam akaun KWSP.
5) Golongan suri rumah yang berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih) setakat 30 November 2020.
1) Sekiranya belum mendaftar sebagai ahli KWSP, individu yang layak boleh mendaftar di kios atau kaunter KWSP yang berhampiran.
2) Hanya perlu membawa MyKad, kunjungi kaunter ejen bank atau kaunter KWSP berikut dengan mengisi Borang KWSP 6A(2) (borang boleh dimuat turun DI SINI).
Tunai/cek:
Tunai (maksimum RM500)/cek:
ATAU
Gunakan perkhidmatan perbankan internet/pemindahan wang secara elektronik berikut:
Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan mengenai cara untuk membuat caruman KWSP bagi golongan suri rumah di bawah insentif khas i-Suri, sila ke:
Sumber: KWSP