Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Berikut merupakan cara-cara untuk orang ramai mendapatkan Pas Keluarga Malaysia yang dikeluarkan oleh Prasarana Malaysia Berhad mulai 1 Disember 2021.
Pada 22 November 2021, Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob telah melancarkan Pas Keluarga Malaysia yang dikendalikan oleh Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) sebagai satu lagi inisiatif bagi menggalakkan lagi orang ramai menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam.
Pas perjalanan ini membolehkan setiap keluarga warganegara Malaysia di dalam satu kumpulan menikmati perjalanan satu hari tanpa had.
Ia ditawarkan pada harga yang murah iaitu hanya RM15 untuk digunakan oleh 4 ahli kumpulan atau keluarga.
Ini bermakna, setiap seorang dalam kumpulan ini hanya perlu membayar RM3.75 sahaja untuk menggunakan perkhidmatan LRT, MRT, Monorel dan BRT di bawah kendalian Rapid KL sepanjang hari.
1) Menggalakkan warganegara Malaysia beriadah bersama-sama sambil berbelanja di pusat-pusat membeli belah yang terdapat di sekitar jaringan pengangkutan awam di Lembah Klang dan Selangor.
2) Menggalakkan pelancong domestik untuk menggunakan pengangkutan awam serta melawat tempat-tempat menarik di sekitar Lembah Klang, selain membantu menaikkan semula ekonomi peniaga kecil di sekitar pusat bandar.
1 Disember 2021.
RM15 bagi satu (1) pas.
4 orang sahaja untuk satu (1) pas.
Tanpa had.
Untuk satu (1) hari sahaja.
Hanya sah digunakan pada setiap hari Sabtu, Ahad dan cuti umum sahaja.
Hanya boleh digunakan bagi perjalanan yang membabitkan pengangkutan awam termasuk LRT (Transit Aliran Ringan), MRT (Transit Aliran Massa) Monorel dan Bas Rapid Transit – Laluan Sunway (BRT).
Hanya boleh digunakan untuk warganegara Malaysia sahaja.
Cara-cara untuk mendapatkan Pas Keluarga Malaysia adalah seperti berikut:
Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan mengenai cara-cara untuk mendapatkan Pas Keluarga Malaysia, sila hubungi:
Prasarana Malaysia Berhad,
B-20-1, Level 20, Menara UOA Bangsar,
No 5, Jalan Bangsar Utama 1, 59000 Kuala Lumpur.
HELPLINE: 03-7885 2585
E-mel: [email protected]
Sumber: Portal Rasmi MyRapidKL