Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Usahawan dalam sektor Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) adalah dipelawa untuk memohon Inisiatif Pembiayaan Digital atau Digital Financing Initiative (DFI) anjuran SME Corp Malaysia.
DFI atau Digital Financing Initiative merupakan projek perintis yang dijalankan oleh SME Corp Malaysia yang bertujuan untuk menyediakan akses mudah dan pantas kepada pembiayaan untuk PKS melalui platform digital.
Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp Malaysia) merupakan agensi penyelaras pusat di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) yang menyelaras pelaksanaan program pembangunan bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
Mengambil kira kekangan kewangan yang dihadapi PKS akibat pandemik COVID-19, SME Corp Malaysia memperkenalkan DFI bagi membantu menangani cabaran yang dihadapi PKS dalam tempoh yang mencabar ini.
Dalam program ini, SME Corp Malaysia bekerjasama dengan microLEAP bagi tujuan berikut:
1) Menyediakan penyelesaian pembiayaan jangka pendek yang inovatif dan cepat untuk PKS melalui platform digital.
2) Memudahkan proses dokumentasi pemohon.
3) Menawarkan produk patuh syariah dengan akses 24 jam dan 7 hari seminggu untuk permohonan pembiayaan dalam talian.
PKS boleh memohon pembiayaan jangka pendek dari minimum RM50,000 sehingga RM500,000 pada kadar pembiayaan tetap 2% setahun untuk:
1) Modal kerja (bagi tujuan perbelanjaan operasi seperti pembelian inventori dan bahan mentah)
2) Penambahbaikan perniagaan (berhak untuk penukaran geran sehingga 50% daripada perbelanjaan yang layak, tertakluk kepada kelulusan SME Corp Malaysia) untuk:
NOTA:
1) Berstatus PKS yang sah.
2) Berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
3) Sekurang-kurangnya 60% milikan tempatan.
4) Telah beroperasi sekurang-kurangnya 6 bulan.
5) Komited untuk menjalani penilaian SCORE/M-CORE (wajib bagi kes penukaran geran).
1) Salinan MyKad (depan dan belakang).
2) Salinan MyKad penjamin (depan dan belakang).
3) Penyata bank perniagaan (sekurang-kurangnya untuk 3 bulan terkini).
4) Penyata kewangan (3 tahun terkini atau dari tarikh daftar perniagaan sehingga yang terkini).
5) Foto profil pemilik perniagaan.
1) Layari https://smecorp.microleapasia.com/ms/
2) Klik ‘MOHON SEKARANG’.
3) Isi bahagian yang berkaitan untuk ‘CIPTA AKAUN’ atau ‘DAFTAR MASUK’.
4) Permohonan boleh dihantar terus dengan mengklik ‘HANTAR’ atau disambung semula dengan kembali ke halaman tersebut pada bila-bila masa.
Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan mengenai langkah-langkah untuk memohon Inisiatif Pembiayaan Digital atau Digital Financing Initiative (DFI) anjuran SME Corp Malaysia, sila hubungi:
Digital Financing Initiative Secretariat,
Business Advisory & Support Division,
SME Corp. Malaysia,
Level 4, Block B, Platinum Sentral,
Jalan Stesen Sentral 2, Kuala Lumpur Sentral,
50470 Kuala Lumpur
E-mel: [email protected]
ATAU
microLEAP PLT
Talian WhatsApp : 011-5917 1212 (9 pagi – 5 petang)
Talian Hotline: 03-7954 0002/1212/2000
E-mel: [email protected]