Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Cara Untuk Membuat Penebusan Program Baucar RM50 Perlindungan Tenang (PTV)

Kerajaan Malaysia telah memperkenalkan Program Baucar RM50 Perlindungan Tenang (PTV) sebagai satu inisiatif untuk memperluas perlindungan sosial kepada golongan B40.

Apakah Program Baucar RM50 Perlindungan Tenang (PTV)?

Perlindungan Tenang Voucher Programme (PTV) atau Program Baucar RM50 Perlindungan Tenang merupakan baucar RM50 yang diberi kepada penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang layak bagi membantu mereka membeli produk Perlindungan Tenang daripada syarikat insurans dan pengendali takaful berlesen.

Syarat kelayakan

Semua penerima BPR yang layak dalam kategori isi rumah, bujang dan warga emas.

Baca juga: Langkah-Langkah Untuk Menyemak Status Permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021

Tarikh semakan

  • Mulai 30 September 2021 – Kategori isi rumah.
  • Mulai 15 November 2021 – Kategori bujang dan warga emas.

Tempoh sah

  • Sehingga 31 Disember sahaja.

NOTA: Nilai baucar ditingkatkan daripada RM50 kepada RM75 mengikut pembentangan Bajet 2022. PTV juga boleh digunakan untuk membeli polisi insurans komprehensif bagi motosikal 150cc ke bawah mulai 1 Januari 2022.

Senarai syarikat Insurans dan pengendali takaful

Sila rujuk di www.mycoverage.my/perlindungan_tenang/

LANGKAH-LANGKAH

Semak kelayakan

1) Layari https://www.myptv.my/

2) Masukkan maklumat Nombor Kad Pengenalan (MyKad) dan tandakan (/) di ‘YA, SAYA TELAH MEMBACA DAN MEMAHAMI NOTIS PRIVASI’ dan ‘Saya bukan robot’.

3) Klik ‘SEMAK’. Sekiranya layak, pemohon akan menerima nombor baucar dalam mesej seterusnya.

Program Baucar RM50 Perlindungan Tenang (PTV)

ATAU

1) Kunjungi mana-mana cawangan atau ejen/pengedar syarikat insurans/pengendali takaful yang sah yang menawarkan produk PTV untuk menyemak kelayakan.

Tebus baucar

Terdapat dua kaedah untuk menebus baucar:

Kaedah 1 – Penebusan baucar untuk pembelian produk atas talian:

1) Layari www.mycoverage.my/perlindungan_tenang/

2) Skrol ke bawah untuk melihat seksyen ‘Produk Perlindungan Tenang’. Klik ikon logo syarikat/produk Perlindungan Tenang untuk mendapatkan maklumat asas mengenai produk tersebut sebelum memutuskan produk yang paling sesuai dengan keperluan.

3) Klik ‘KETAHUI LEBIH LANJUT’ dan pemohon akan dibawa ke laman web syarikat insurans atau pengendali takaful yang menawarkan produk tersebut.

LANGKAH-LANGKAH

4) Isi maklumat yang diperlukan seperti nama, nombor Kad Pengenalan (MyKad), umur, jantina dan lain-lain serta nombor baucar jika perlu. Sila baca terma dan syarat produk tersebut sebelum membuat pembelian.

Kaedah 2 – Penebusan dan pembelian di kaunter:

1) Kunjungi kaunter pejabat cawagan atau ejen/pengedar sah syarikat insurans/pengendali takaful yang terlibat. Sila hubungi wakil perkhidmatan pelanggan syarikat insurans dan pengendali takaful masing-masing untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Maklumat lanjut

Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan mengenai cara untuk membuat penebusan Program Baucar RM50 Perlindungan Tenang (PTV), sila hubungi:

Sumber: Laman web rasmi PTV

Leave a Reply