Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Cara-Cara Untuk Mendaftar Menggunakan Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin-Laluan Darat (VTL-Land) Malaysia – Singapura

Kerajaan Malaysia dan Singapura telah bekerjasama membuka semula sempadan darat secara berperingkat dengan melancarkan Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin-Laluan Darat (VTL-Land).

Apakah VTL-Land?

Vaccinated Travel Lane-Land (VTL-Land) atau Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin-Laluan Darat merupakan kerjasama di antara kerajaan Malaysia dan Singapura yang bertujuan untuk memudahkan perjalanan dua hala melalui darat.

Di bawah VTL-Land, pengunjung yang telah lengkap divaksin dari salah satu negara boleh memasuki negara lain melalui jalan darat tanpa perlu dikuarantin, tertakluk kepada ujian COVID-19 (COVID-19 ART atau Ujian PCR).

Tarikh berkuatkuasa

29 November 2021.

Had kemasukan

Kuota harian adalah tidak melebihi 1,500 orang sahaja (akan dinilai semula dari semasa ke semasa).

Syarat kelayakan

1) Warganegara Malaysia dan Singapura

2) Penduduk Tetap Malaysia dan Singapura

3) Pemegang Pas Jangka Panjang Malaysia dan Singapura

4) Dewasa yang telah lengkap divaksin (kanak-kanak di bawah umur 12 tahun yang tidak divaksinasi harus ditemani oleh ibu bapa atau penjaga yang telah lengkap divaksin).

Baca juga: Cara-Cara Untuk Mendapatkan Pas Keluarga Malaysia

Mod pengangkutan

Perkhidmatan bas sahaja (peringkat permulaan).

Harga tiket

  • Dewasa:
    Malaysia – Singapura: RM20 (SGD6.60)
    Singapura – Malaysia RM45 (SGD15)
  • Kanak-Kanak:
    Malaysia – Singapura: RM10 (SGD3.30)
    Singapura – Malaysia: RM24 (SGD8)

NOTA: Harga tiket adalah tertakluk pada perubahan dan boleh dibeli di www.causewaylink.com.my atau www.transtar.travel

Destinasi

  • Terminal Bas Larkin Sentral (Johor) .
  • Queen Street Terminal dan Woodlands Temporary Bus Interchange (Singapura).

VTL-Land Malaysia – Singapura

Protokol kesihatan

1) Pengunjung dikehendaki menjalani Antigen Rapid Test (ART) COVID-19 atau Rapid Antigen Test (RTK) COVID-19 atau Polumerase Chain Reaction (PCR) COVID-19, 48 jam sebelum memulakan perjalanan.

2) Keputusan ujian COVID-19 dan sijil vaksinasi yang lengkap dengan kod QR hendaklah dikemukakan sebelum menaiki bas.

3) Pengunjung yang memasuki Malaysia akan turun di Terminal Larkin di mana mereka dikehendaki untuk menjalani On Arrival Test (OAT) yang melibatkan ujian kendiri antigen COVID-19 (tidak termasuk kanak-kanak berumur enam tahun ke bawah).

4) Kos ujian hendaklah ditanggung sendiri oleh pengunjung. Setelah mendapat keputusan ujian, pelancong yang diuji negatif akan dibenarkan untuk meneruskan perjalanan manakala yang positif dikehendaki menjalani rawatan perubatan seperti yang ditetapkan di negara tersebut.

LANGKAH-LANGKAH

1) Pengembara yang masuk ke Malaysia menggunakan VTL-Land perlu mendaftar di https://mysafetravel.gov.my/ mulai 27 November 2021 manakala pengembara dari Singapura, perlu membuat pendaftaran di https://go.gov.sg/vtl-portal.

LANGKAH-LANGKAH

NOTA: Pendaftaran ini adalah wajib sebelum sebarang pembelian tiket dibuat. Sila rujuk risalah mengenai VTL-Land dan senarai semak yang disediakan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menggunakan PAUTAN INI.

Maklumat lanjut

Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan mengenai cara-cara untuk mendaftar menggunakan Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin-Laluan Darat (VTL-Land) Malaysia-Singapura, sila layari:

https://www.miti.gov.my dan https://www.safetravel.ica.gov.sg/.

Sumber: Portal rasmi MITI

Leave a Reply