Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Apabila ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membuat penamaan, mereka boleh memilih individu atau institusi untuk menerima dan mentadbir simpanan mereka sekiranya mereka meninggal dunia.
Membuat penamaan KWSP merupakan pengisytiharan secara bertulis yang dibuat oleh ahli dalam Borang KWSP 4 bagi melantik atau menamakan seseorang atau mana-mana orang sebagai benefisiari atau bertindak sebagai wasi/pentadbir (bagi orang yang beragama Islam) ke atas simpanan KWSP ahli apabila ahli meninggal dunia.
1) Memudahkan dan memendekkan proses pengeluaran.
2) Mengelakkan sebarang kos dan kerumitan mendapatkan dokumen pihak ketiga dari Pejabat Tanah/Mahkamah.
3) Memastikan waris mewarisi simpanan anda tanpa sebarang kesukaran.
1) Berumur 18 tahun ke atas.
2) Warganegara Malaysia ATAU Penduduk Tetap (PR)/Bukan Warganegara (menjadi ahli KWSP sebelum 1 Ogos 1998).
1) Mana-mana individu: Ahli digalakkan untuk menamakan waris terdekat (suami/isteri, ibu/bapa, anak-anak) bagi mengelakkan kesulitan di kemudian hari
ATAU
2) Institusi yang diluluskan – Amanah Raya Berhad (ARB): Sebagai penama/pentadbir.
NOTA:
Warganegara
1) Salinan Kad Pengenalan (KP) Awam/KP Malaysia (MyKad)/Kad Pengenalan Tentera.
2) KP Polis & Surat Majikan (menyatakan No. KP Polis & No. KP Awam merujuk kepada orang sama).
3) Salinan dokumen pengenalan diri penama-penama.
Pemastautin Tetap
1) KP Pemastautin Tetap (MyPR).
2) Salinan dokumen pengenalan diri penama-penama.
Bukan Warganegara (berdaftar sebelum 1 Ogos 1998)
1) Salinan pasport.
2) Salinan dokumen pengenalan diri penama-penama.
Sekiranya ahli tidak menamakan sesiapa sebelum kematian ahli, waris ahli yang layak boleh menghantar permohonan Pengeluaran Kematian ke pejabat KWSP.
1) Penamaan boleh dibuat oleh ahli dengan melengkapkan Borang KWSP 4 dan mengemukakan sendiri di mana-mana cawangan KWSP di seluruh negara semasa hayat ahli. <Muat turun Borang KWSP 4>
2) Semakan maklumat penamaan boleh dibuat di mana-mana cawangan terdekat atau gunakan i-Akaun (Ahli) atau aplikasi mudah alih KWSP untuk akses yang lebih mudah dan cepat.
Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan mengenai langkah-langkah untuk membuat penamaan bagi simpanan KWSP, sila ke:
Sumber: KWSP