Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Cara Untuk Memohon Benar Nikah Online (BNO) Menggunakan Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM)

Pasangan yang ingin melangsungkan pernikahan kini boleh melakukan permohonan Benar Nikah Online (BNO) menggunakan Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM).

Apakah Benar Nikah Online (BNO)?

BNO merupakan satu inisiatif Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) bagi tujuan memberikan kemudahan kepada masyarakat umumnya dan pasangan yang ingin melangsungkan perkahwinan khususnya memohon kebenaran pernikahan.

Pasangan yang ingin melangsungkan pernikahan mestilah melakukan permohonan dan mendapatkan kebenaran berkahwin melalui Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) di negeri masing-masing.

Dengan menggunakan BNO melalui Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM), proses kerja untuk kegunaan semua JAIN khususnya PAID di Malaysia menjadi lebih efisien dan teratur.

Negeri terlibat

1) Perlis
2) Kedah
3) Perak
4) Selangor
5) Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan)
6) Negeri Sembilan
7) Melaka
8) Johor

NOTA: Kemudahan ini akan terus diperluaskan lagi bagi merangkumi negeri-negeri lain di masa hadapan.

Baca juga: Cara Semak Status Kes Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) Secara Atas Talian Menggunakan Portal E-Syariah

Syarat kelayakan

1) Pemohon boleh membuat permohonan BNO jika:

  • Kedua-dua pemohon dari negeri yang menggunakan SPPIM.
  • Salah seorang pemohon dari negeri yang menggunakan SPPIM.
  • Kedua-dua pemohon dari negeri yang tidak menggunakan SPPIM tetapi tempat majlis akad nikah adalah di negeri SPPIM.

2) Permohonan BNO perlu diisi oleh salah seorang pasangan sama ada lelaki atau perempuan.

3) Pemohon perempuan boleh mendapatkan kebenaran berkahwin dari PAID selepas status permohonan pemohon lelaki di BNO lulus.

Tempoh permohonan

Tidak melebihi 90 hari dari tarikh cadangan berkahwin (permohonan akan dihapuskan dari sistem jika pemohon gagal hadir ke PAID dalam tempoh 90 hari dari tarikh permohonan BNO).

LANGKAH-LANGKAH

1) Layari portal SPPIM di https://www.sppim.gov.my/

2) Klik ‘Benar Nikah Online’.

Benar Nikah Online (BNO)

3) Klik ‘Permohonan Baru’.

LANGKAH-LANGKAH

4) Baca ‘Syarat-Syarat Permohonan’ dan klik ‘Seterusnya’ hingga ke ‘Permohonan Baru’.

3 Permohonan Baru

5) Isi dengan lengkap bahagian ‘Pemohon Lelaki’, ‘Pemohon Perempuan’, ‘Maklumat Kebenaran’, ‘Maklumat Wali’ sebelum ‘Hantar’.

Hantar

6) Semak ‘Status’ dan klik ‘Cetak Borang’. Borang Permohonan Untuk Kebenaran Berkahwin akan dipaparkan. Borang berkenaan hendaklah ditandatangani oleh Wali (bagi borang permohonan perempuan), Pemohon dan Penolong Pendaftar.

NOTA: Panduan Ringkas BNO (Permohonan Baru) dalam format .pdf boleh dimuat turun DI SINI.

Maklumat lanjut

Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan mengenai cara untuk memohon Benar Nikah Online (BNO) menggunakan Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM), sila hubungi Jabatan Agama Islam negeri masing-masing (9:00 pagi – 4:30 petang sahaja):

Negeri Sembilan: 06-6771352
Melaka: 06-333 3333 sambungan 5634/5635/5631
Perlis: 04-979 4401
Kedah: 04-774 5425/5423/5424
Perak: 05-2418966/8963
Wilayah Persekutuan: 03-2274 9333 sambungan 3312/3306
Johor: 07-2076330/334
JAKIM: 03-88707528/7527

E-mel: [email protected]

Sumber: Portal Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM)

Leave a Reply

Your email address will not be published.