Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Orang ramai boleh menggunakan portal e-Aduan 2.0 oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bagi melaporkan sebarang kenaikan harga tidak munasabah yang kini dilihat semakin menjadi-jadi.
Portal e-Aduan 2.0 merupakan sistem yang diwujudkan bagi memudahkan pengguna menyalurkan aduan/pertanyaan/cadangan berkaitan isu kepenggunaan di bawah seliaan KPDNHEP.
1) Menyalurkan aduan dan laporan kepenggunaan.
2) Menyalurkan pertanyaan dan cadangan mengenai kepenggunaan.
3) Membuat semakan status terhadap aduan pengguna.
4) Menjadi rujukan sejarah aduan (history) yang telah dibuat dan tindakan yang telah diambil.
Pengguna boleh membuat aduan berkaitan isu kepenggunaan (consumer to business) di bawah seliaan KPDNHEP seperti berikut:
1) Harga
2) Transaksi Atas Talian
3) Perkhidmatan Mengelirukan
4) Bengkel Kenderaan Bermotor
5) Iklan Mengelirukan
6) Perihal Perdagangan Palsu
7) Sewa Beli Kenderaan
8) Barang Kawalan
9) Barang Tiruan
10) Jualan Murah
11) Jualan Langsung
12) Timbang dan Sukat
13) Jualan Kredit
14) Perihal Halal
15) Ejen Pemilikan Semula
16) Badan Perlesenan (Royalti)
17) Cetak Rompak
18) Gores dan Menang
19) Skim Piramid
20) Perlesenan Petroleum
21) Perlesenan Perdagangan Pengedaran
22) Perlesenan Jualan Langsung
23) Peraturan Standard Keselamatan (MC/MS)
24) Label Cakera Optik
25) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat
26) Barang-barang Yang Diperbuat Daripada Mana-mana Bahagian Anjing/Babi
Berikut merupakan aliran proses menggunakan portal e-Aduan 2.0:
1) Layari portal e-Aduan 2.0 di https://eaduan.kpdnhep.gov.my/, klik ‘ADUAN KEPENGGUNAAN’ seterusnya ‘Daftar Baru’.
2) Isi maklumat yang diperlukan untuk ‘PENDAFTARAN BARU’.
3) Klik ‘Daftar’ di bahagian bawah.
4) Selepas akaun disahkan, kembali ke halaman utama untuk ‘Log Masuk’ dan memulakan proses seterusnya sama ada untuk membuat ‘Aduan Baru’, ‘Semak Aduan’ atau ‘Semak Status Pertanyaan’.
NOTA: Selain dari menggunakan portal e-Aduan ini, aduan juga boleh dibuat melalui saluran berikut:
Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan mengenai cara-cara untuk melaporkan kenaikan harga melampau menggunakan portal e-Aduan 2.0 KPDNHEP, sila hubungi:
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP),
No. 13, Persiaran Perdana, Presint 2,
62623 Putrajaya.
E-mel: [email protected]
ATAU
Hubungi terus Bilik Gerakan Penguatkuasaan Negeri KPDNHEP seperti berikut:
Sumber: Portal Rasmi KPDNHEP