Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyediakan bantuan Geran Pelancaran (GP) RM2,700 secara ‘one-off’ untuk mereka yang layak.
Geran Pelancaran atau GP merupakan salah satu Skim Bantuan Sekaligus yang disediakan oleh JKM di bawah Kementerian Pembangunan Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dalam bentuk tunai untuk kumpulan sasar yang memerlukan.
Langkah ini diwujudkan sebagai bantuan modal bagi mereka untuk mula menceburi bidang perusahaan atau perniagaan secara kecil-kecilan.
1) Pemerkasaan ekonomi bagi kumpulan sasar JKM yang produktif, mempunyai minat, kemahiran dan potensi agar dapat menjana pendapatan bagi individu/keluarga.
2) Mewujudkan program pembangunan dan pengintergrasian bagi membantu klien JKM mencapai matlamat untuk berdikari dan meningkatkan taraf hidup tanpa bergantung sepenuhnya kepada bantuan kerajaan.
Maksimum RM2,700 secara ‘one-off’.
Seliaan dibuat oleh JKM setiap 3 bulan.
1) Warganegara dan bermastautin di Malaysia.
2) Kumpulan sasar JKM.
3) Tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa.
4) Penerima bantuan bulanan JKM atau anak-anak mereka, Orang Kurang Upaya (OKU) yang sedang mendapat bantuan JKM, bekas pelatih dari institusi kebajikan dan kes-kes seliaan akhlak serta lain-lain klien JKM atau mana-mana kes yang berkeperluan dan layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.
NOTA: Bantuan GP ini disediakan buat penerima bantuan JKM yang sedang menerima bantuan sedia ada dari JKM sahaja. Untuk melayakkan diri, permohonan untuk menerima Skim Bantuan Kebajikan JKM adalah diperlukan terlebih dahulu. Sila rujuk senarainya DI SINI.
1) Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta hadir sendiri ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian dengan membawa dokumen sokongan semasa seperti berikut:
2) Permohonan akan diproses sekiranya borang permohonan telah lengkap diisi dan dokumen sokongan yang berkaitan telah dilampirkan bersama.
Untuk sebarang pertanyaan mengenai langkah-langkah untuk memohon bantuan Geran Pelancaran (GP) RM2,700 secara ‘one-off’ dari JKM, sila hubungi JKM berhampiran atau ibu pejabat JKM di:
Jabatan Kebajikan Masyarakat
Aras 6, 9-18,
No 55, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya
Telefon : 03 – 8323 1000
Faks : 03 – 8323 2045
E-mel: [email protected]
Sumber: Portal Rasmi JKM