Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Kerajaan telah mewujudkan Skim Program Perumahan Rakyat (PPR) bagi memenuhi keperluan tempat tinggal golongan berpendapatan rendah yang boleh dipohon secara dalam talian menggunakan Sistem Pengurusan Perumahan Negara (SPRN).
SPRN merupakan gerbang utama kepada permohonan pelbagai Skim/Program Perumahan yang ditawarkan kepada rakyat.
Ia merupakan salah satu modul dalam portal TEDUH yang berfungsi sebagai gerbang ‘one-stop centre’ bagi individu yang ingin memohon program perumahan seliaan Jabatan Perumahan Negara (JPN) di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
Portal TEDUH berperanan untuk memaparkan maklumat dan fungsi carian berkaitan projek-projek dan program-program perumahan awam dan swasta di Malaysia.
JPN pula merupakan peneraju utama dalam menguruskan maklumat data perumahan negara dan menjadi agensi pelaksana utama bagi projek-projek PPR di seluruh Malaysia.
PPR adalah satu program kerajaan untuk penempatan semula setinggan dan memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah.
Semua rumah yang dibina di bawah program PPR menggunakan spesifikasi perancangan dan rekabentuk perumahan kos rendah yang ditetapkan dalam Standard Perumahan Kebangsaan Bagi Perumahan Kos Rendah Rumah Pangsa (CIS2).
1) PPR Disewa – PPR Disewa telah diperkenalkan pada Februari 2002 bertujuan untuk disewakan kepada golongan sasaran (golongan yang berpendapatan rendah dan setinggan) pada kadar RM124.00 sebulan.
2) PPR Dimiliki – PPR Dimiliki membolehkan golongan yang berpendapatan rendah berpeluang untuk memiliki rumah sendiri pada harga RM35,000 seunit di Semenanjung Malaysia dan RM42,000 seunit di Sabah dan Sarawak.
Untuk melihat senarai projek PPR Disewa dan PPR Dimiliki, sila layari portal TEDUH di https://teduh.kpkt.gov.my/project atau muat turun aplikasi TEDUH di Google Play, Apple App Store atau Huawei AppGallery.
1) Kawasan bandar-bandar besar: Jenis rumah bertingkat antara 5 hingga 18 tingkat.
2) Kawasan pinggir bandar: Jenis rumah teres.
3) Keluasan: Tidak kurang daripada 700 kaki persegi.
4) Binaan: 3 Bilik Tidur, 1 Ruang Tamu, 1 Ruang Dapur, 2 Bilik Air
5) Kemudahan asas:
1) Layari portal TEDUH di https://teduh.kpkt.gov.my/
2) Klik ‘DAFTAR AKAUN SPRN’.
3) Isi maklumat peribadi dan klik ‘Daftar’.
4) Pemohon akan diminta untuk mengaktifkan akaun sebelum dibenarkan untuk ‘Log Masuk.’
5) ‘Pilih Skim’ mengikut kelayakan dan pilih projek yang diingini dari senarai yang diberikan.
6) Lengkapkan maklumat sebelum muat naik dokumen sokongan, sahkan dan ‘Hantar Permohonan’.
7) Semakan ‘Status Permohonan’ boleh dibuat pada bila-bila masa di portal TEDUH.
Manual Pengguna SPRN boleh dimuat turun DI SINI.
Untuk sebarang pertanyaan mengenai cara untuk memohon Skim Program Perumahan Rakyat (PPR) menggunakan Sistem Pengurusan Perumahan Negara (SPRN), sila hubungi:
Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan,
Aras 30-38, No. 51 Persiaran Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
Presint 4, 62100 Putrajaya
03-88914052 (Selangor, Melaka, Johor, Negeri Sembilan)
03-88914278 (Kuala Lumpur, Sabah, Sarawak)
03-88914028 (Perak, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Pahang, Terengganu)
E-mel: [email protected]
Sumber: Portal TEDUH