Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Cara-Cara Untuk Mendaftar Dalam Karnival Kerjaya Keluarga Malaysia

Mereka yang kini sedang mencari pekerjaan atau ingin menceburi karier baru dijemput untuk menyertai Karnival Kerjaya Keluarga Malaysia anjuran Kementerian Sumber Manusia dengan kerjasama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan beberapa agensi serta jabatan yang lain.

Apakah Karnival Kerjaya Keluarga Malaysia?

Keluarga Malaysia ialah gagasan yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 22 Ogos 2021.

Konsep ini antara lain menyeru rakyat Malaysia mengetepikan perbezaan dalam memulihkan semula negara dan bersatu tenaga menghadapi cabaran pandemik COVID-19 serta merealisasikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.

Baca juga: Cara-Cara Untuk Memohon Elaun Mencari Pekerjaan Di Bawah Program SIP Prihatin 2.0 PEMULIH

Sempena dengan Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia yang disambut bermula 9 Disember 2021 ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), pelbagai acara menarik disediakan untuk orang ramai.

Antaranya ialah persembahan kebudayaan, malam aspirasi seni, pameran dan jualan usahawan, galeri pencapaian kementerian, program bantuan, padanan perniagaan serta pameran kementerian dan agensi.

Turut diadakan ialah Karnival Kerjaya Keluarga Malaysia yang diadakan bagi menghimpun golongan majikan dan mereka yang sedang mencari kerja untuk mengisi jawatan kosong yang wujud dalam pelbagai sektor buat masa ini.

Karnival Kerjaya Keluarga Malaysia

Tarikh

9 hingga 11 Disember 2021.

Masa

9 pagi hingga 5 petang.

Tempat

Hall 6, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur/Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).

Syarat kelayakan

Dibuka untuk semua golongan pencari kerja, lepasan sekolah, graduan universiti dan lain-lain.

Antara aktiviti yang disediakan

  • Pameran Agensi Kementerian Sumber Manusia
  • Bengkel Kerjaya
  • Kaunseling Kerjaya
  • Temuduga terbuka untuk semua golongan

Antara majikan dan jenama yang mengambil bahagian

  • ExxonMobil
  • KPMG
  • DRB-HICOM
  • Prasarana
  • Panasonic
  • UOA Group
  • Bank Muamalat
  • JW Marriott Hotel
  • MYDIN
  • AEON
  • Starbucks
  • GSC Cinemas
  • Watsons
  • Guardian
  • Shopee
  • 7 Eleven
  • McDonald’s
  • KK Mart
  • Nando’s
  • Gintell
  • Giant Mini

LANGKAH-LANGKAH

1) Layari https://www.myfuturejobs.gov.my/careerfair

2) Klik pada banner yang dipaparkan atau imbas kod QR yang diberi.

LANGKAH-LANGKAH

3) Klik ‘REGISTER’.

Klik Register 1

4) Pilih ‘KARNIVAL KERJAYA KELUARGA MALAYSIA 2021’ dan klik ‘Register’.

4 Klik Register 2

5) Isi maklumat yang diperlukan, buat pengesahan ‘I’m not a robot’ dan klik ‘Register’.

Klik Register 3

Hadiah menarik menanti 100 peserta berdaftar terawal yang hadir sepanjang karnival ini!

Maklumat lanjut

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai cara-cara untuk mendaftar dalam Karnival Kerjaya Keluarga Malaysia, sila hubungi:

  • Cik Ummee (019 250 3565)
  • Cik Fitrah (019 607 9532)
  • Cik Syaqirah (019 607 8905)

Laman web: https://www.myfuturejobs.gov.my/ms/hubungi-kami/
E-mel: [email protected]
Talian Khidmat Pelanggan: 1-300-22-8000

Sumber: MYFutereJobs

Leave a Reply

Your email address will not be published.