Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Langkah-Langkah Untuk Mendapat Diskaun Saman PDRM Dan JPJ Sempena Sambutan 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia

Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menawarkan diskaun atau pengurangan bayaran saman untuk tempoh masa terhad serta tertakluk pada terma dan syarat sempena program sambutan 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia.

TERKINI: Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani telah mengumumkan diskaun sebanyak 80% bagi pembayaran saman trafik sempena Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia telah dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021. Pembayaran kini boleh dibuat di kaunter trafik PDRM di seluruh negara, secara atas talian melalui MyBayar Saman, kaunter pejabat Pos Malaysia dan mesin ATM Maybank.

Apakah Sambutan 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia?

Keluarga Malaysia ialah gagasan yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 22 Ogos 2021.

Konsep ini antara lain menyeru rakyat Malaysia mengetepikan perbezaan dalam memulihkan semula negara dan bersatu tenaga menghadapi cabaran pandemik COVID-19 serta merealisasikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.

Sempena dengan program sambutan 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia yang disambut bermula 9 Disember 2021 ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), pelbagai acara menarik disediakan untuk orang ramai.

Antaranya ialah persembahan kebudayaan, malam aspirasi seni, pameran dan jualan usahawan, galeri pencapaian kementerian, program bantuan, karnival kerjaya, padanan perniagaan serta pameran kementerian dan agensi.

Turut diadakan ialah kaunter khas yang disediakan oleh PDRM dan JPJ untuk orang ramai membuat pembayaran saman dengan tawaran diskaun.

Diskaun Saman PDRM Dan JPJ

Tarikh

9 hingga 12 Disember 2021 (4 hari sahaja).

Masa

9 pagi hingga 10 malam.

Tempat

Pusat Konvensyen Kuala Lumpur/Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).

Jumlah diskaun yang ditawarkan

  • 80%* – Untuk saman JPJ yang boleh boleh kompaun sahaja (kecuali kes mahkamah yang berstatus waran tangkap atau perbicaraan).

*Tertakluk pada terma dan syarat.

LANGKAH-LANGKAH

LANGKAH-LANGKAH

1) Hanya perlu hadir sendiri ke kaunter pengurangan bayaran saman PDRM dan JPJ yang dibuka di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dari 9 Disember hingga 12 Disember 2021 bermula dari jam 9.00 pagi hingga 10.00 malam untuk mendapat diskaun atau pengurangan bayaran saman.

2) Sentiasa pastikan pemakaian pelitup muka, sanitasi tangan dan penjagaan jarak fizikal ketika hadir.

NOTA: Selain dari mengunjungi kaunter JPJ (Booth No.15 – Kementerian Pengangkutan Malaysia) di Hall 1 & 4, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), pembayaran saman JPJ juga boleh dibuat di mana-mana kaunter, kiosk dan portal JPJ.

Baca juga: Cara-Cara Untuk Bayar Saman Trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Dalam Talian Menggunakan MyBayar Saman

Maklumat lanjut

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai langkah-langkah untuk mendapat diskaun saman PDRM dan JPJ sempena sambutan 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia, sila layari:

Sumber: Facebook Rasmi Kementerian Pengangkutan Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published.