Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Mereka yang kehilangan kad pengenalan boleh menggunakan khidmat atas talian Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk membuat permohonan kad pengenalan gantian bagi menggantikan kad yang hilang.
Sebarang kehilangan kad pengenalan (MyKad/MyTentera/MyPR/MyKAS) sama ada bagi kes hilang akibat jenayah ataupun akibat kecuaian perlu dilaporkan kepada pihak polis dan JPN untuk permohonan kad baru.
Mengikut Peraturan 13, Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007) setiap orang yang kehilangan kad pengenalannya hendaklah dengan segera memohon kad pengenalan gantian.
1) Warganegara – bayaran hilang bagi MyKad atau MyTentera sahaja.
Kehilangan | Bayaran Permohonan (RM) | Bayaran Proses (RM) | Jumlah Bayaran (RM) |
Kali Pertama | 10.00 | 100.00 | 110.00 |
Kali Kedua | 10.00 | 300.00 | 310.00 |
Kali Ketiga dan seterusnya | 10.00 | 1,0000.00 | 1,010.00 |
2) Bukan Warganegara – bayaran hilang bagi MyPR atau MyKAS sahaja.
Kehilangan | Bayaran Permohonan (RM) | Bayaran Proses (RM) | Jumlah Bayaran (RM) |
Kali Pertama | 40.00 | 100.00 | 140.00 |
Kali Kedua | 40.00 | 300.00 | 340.00 |
Kali Ketiga dan seterusnya | 40.00 | 1,0000.00 | 1,040.00 |
NOTA: Pengembalian wang tidak akan dipertimbangkan bagi permohonan gantian hilang Kad Pengenalan yang telah diproses oleh Bahagian Kad Pengenalan atau sekiranya Kad Pengenalan lama dijumpai semula.
1) Surat pengesahan atau Kad Kebajikan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat atau Surat pengesahan dari Jabatan Hal Ehwal Orang Asli atau Penghulu atau Ketua Kampung atau Ketua Kaum atau Pejabat Daerah atau Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (bagi orang-orang miskin atau daif atau orang-orang kurang upaya/OKU); ATAU
2) Surat pengesahan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat atau Jabatan Bomba dan Penyelamat atau Penghulu atau Ketua Kampung atau Ketua Kaum atau Pejabat Daerah atau Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (bagi orang-orang yang ditimpa bencana alam); ATAU
3) Bagi kehilangan kad pengenalan yang disebabkan kes rompakan, samun, kecurian, malapetaka dan seumpamanya, laporan polis perlu disertakan yang menyatakan dengan jelas mengenai butir-butir kejadian dan kad pengenalan yang hilang.
4) Bagi pertukaran alamat, perlu mengemukakan bil elektrik/bil air/bil pembentungan/bil utiliti/cukai pintu/cukai taksiran/borang taksiran cukai pendapatan/perjanjian jual beli rumah/perjanjian atau resit sewa rumah/dokumen sokongan dari Penghulu/Ketua Kampung/Tuai Rumah/ADUN/Ahli Parlimen/Majikan/Angkatan Tentera Malaysia (ATM) atau lain-lain dokumen seumpamanya (ASAL ATAU SALINAN YANG DISAHKAN).
1) Pemohon boleh hadir sendiri ke mana-mana kaunter JPN atau layari portal rasmi JPN di https://www.jpn.gov.my/ untuk permohonan atas talian (bagi permohonan yang tidak melibatkan pertukaran gambar atau maklumat pemohon yang bertaraf warganegara).
2) Pilih ‘PERKHIDMATAN’ dan klik ‘Kad Pengenalan’.
3) Klik ‘PERMOHONAN GANTIAN MYKAD SECARA DALAM TALIAN’.
4) Buat pendaftaran terlebih dahulu di pautan yang diberi.
5) Setelah membuat pengaktifan akaun, kembali ke laman yang sama untuk ‘LOG MASUK’.
6) Klik ‘Password’.
7) Masukkan No. MyKad/No. Pasport/alamat e-mel dan kata laluan yang telah didaftarkan.
8) Klik ‘NEXT’ dan seterusnya klik ‘LOG MASUK’.
9) Ikuti arahan yang diberikan untuk meneruskan proses permohonan gantian hilang kad pengenalan.
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai cara untuk membuat permohonan gantian hilang kad pengenalan menggunakan khidmat atas talian JPN, sila hubungi:
Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara Putrajaya,
No 20, Persiaran Perdana, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62551 Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Telefon: 03-8000 8000
Faks: 03-8880 8288
E-mel: [email protected]
Sumber: Portal Rasmi JPN