Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Langkah-Langkah Untuk Memohon Geran Program Sokongan Pengukuhan Keusahawanan Luar Bandar (SPKLB) Re-Start

Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) sedang melaksanakan program Sokongan Pengukuhan Keusahawanan Luar Bandar (SPKLB) Re-Start yang menawarkan geran perniagaan bagi usahawan yang layak.

Apakah program SPKLB Re-Start?

Program Sokongan Pengukuhan Keusahawanan Luar Bandar (SPKLB) Re-Start merupakan pemberian geran padanan 70:30 yang dikendalikan oleh KPLB bagi meningkatkan taraf hidup dan ekonomi masyarakat luar bandar melalui program keusahawanan.

Objektif

1) Menyediakan geran penuh kepada usahawan bagi menampung kos operasi dan keperluan modal pusingan bagi meneruskan kelangsungan perniagaan.

2) Menyediakan latihan, kursus dan coaching bersesuaian sebagai platform kepada usahawan untuk mengembangkan perniagaan.

3) Menggalakkan usahawan untuk membangunkan produk dan perkhidmatan yang bernilai tinggi bagi meluaskan pasaran.

Baca juga: Cara-Cara Untuk Memohon Skim Pembiayaan Usahawan Terkesan COVID-19 2.0 (SPUR 2.0) Anjuran PUNB

Skop program

1) Pembelian atau baik pulih aset/mesin/peralatan.

2) Pengubahsuaian premis perniagaan.

3) Modal pusingan/modal kerja.

Skop projek

1) Perkhidmatan.

2) Produk makanan dan minuman.

3) Pembuatan/perkilangan.

4) Pertanian (industri hiliran/teknologi).

5) ICT (information and communications technology) dan teknologi kreatif.

6) Kesejahteraan (wellness).

6) Gaya hidup.

Kadar dan nilai geran

1) Pemberian geran padanan 70:30.

2) Nilai minimum geran yang ditawarkan adalah sebanyak RM20,000.

3) Nilai maksimum geran yang ditawarkan pula dihadkan kepada RM100,000.

Tempoh permohonan

Mulai September sehingga Disember 2021.

Syarat kelayakan

1) Warganegara Malaysia.

2) Berumur 21 tahun dan ke atas.

3) Permohonan terdiri daripada milikan tunggal, perkongsian atau syarikat sendirian berhad.

4) Pemohon tidak disenaraihitam oleh mana-mana institusi kewangan/KPLB.

5) Perniagaan telah beroperasi sekurang-kurangnya satu (1) tahun dan menjalankan perniagaan sepenuh masa.

6) Perniagaan beroperasi dan mempunyai alamat berdaftar di luar bandar.

7) Merupakan syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Ordinan Perniagaan di Sabah dan Sarawak.

8) Mempunyai lesen berniaga iaitu kebenaran menjalankan perniagaan daripada Pihak Berkuatkuasa Tempatan (PBT) atau pengesahan di Luar Kawasan Seliaan oleh PBT atau lain-lain peraturan pihak berkuasa berkaitan.

9) Memiliki premis perniagaan yang bersesuaian.

10) Jumlah pendapatan tahunan kurang dari RM200,000.

11) Pemohon yang telah mendapat bantuan geran atau bantuan daripada Kementerian seperti geran Program Rural Business Challenge (RBC) tidak layak lagi memohon geran SPKLB. Bagi pemohon yang telah mendapat bantuan di bawah Program Peningkatan Pendapatan (PPP), pemohon layak untuk memohon geran SPKLB selepas tempoh setahun.

LANGKAH-LANGKAH

1) Untuk memohon, sila hubungi Lembaga Kemajuan Wilayah (LKW), Majlis Amanah Rakyat (MARA), Federal Land Consolidation and Rehabilitation Authority (FELCRA), Rubber Industry Smallholders Development Authority (RISDA), Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) atau Pejabat KPLB Negeri masing-masing dan memaklumkan hasrat untuk memohon SPKLB.

2) LKW atau Pejabat KPLB Negeri akan memberikan borang permohonan Program Sokongan Pengukuhan Keusahawanan Luar Bandar (SPKLB) Re-Start yang perlu dilengkapkan oleh usahawan.

3) Borang yang lengkap hendaklah dikembalikan kepada LKW atau Pejabat KPLB Negeri untuk dibawa masuk ke Mesyuarat Jawatankuasa Penilai Prorgam (JPP) dan diberi pertimbangan untuk kelulusan.

LANGKAH-LANGKAH

NOTA: Pameran Korporat Aspirasi Keluarga Malaysia KPLB telah menganjurkan kaunter untuk pertanyaan dan permohonan geran SPKLB Re-Start di Kuala Lumpur Convention Centre mulai 9 Disember dan telah berakhir pada 12 Disember 2021 yang lalu.

Maklumat lanjut

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai langkah-langkah untuk memohon geran Program Sokongan Pengukuhan Keusahawanan Luar Bandar (SPKLB) Re-Start, sila hubungi:

Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB)
Bahagian Pembangunan Usahawan Desa,
Aras 19, Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62100 Putrajaya.

Telefon: 03-8891 5602
Faks: 03-8888 2341

Sumber: Portal Rasmi KPLB

Leave a Reply

Your email address will not be published.