Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Urusan taksiran dan bayaran duti setem kini boleh dibuat menggunakan sistem STAMPS yang disediakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).
Stamp Assessment And Payment System (STAMPS) merupakan sistem yang digunakan oleh LHDNM untuk semua urusan taksiran dan bayaran duti setem bagi menggantikan Sistem Frangki Digital 2.0 (DFS 2.0) yang digunakan sebelum ini di semua Pejabat Setem Cawangan (PSC), Pejabat Satelit, Pusat Khidmat Hasil (PKH) dan Pusat Transformasi Bandar (UTC).
1 Julai 2021.
Jenis Penyeteman | Contoh Perjanjian |
Pindah Milik Harta Tanah | Borang 14A, Deed of Assignment, Memorandum of Transfer |
Pindah Milik Saham | Borang Pindah Milik Saham (Section 105 Form Of Transfer Of Securities) |
Pindah Milik Perniagaan | Perjanjian Pindah Milik Perniagaan |
Sekuriti | Perjanjian Kontrak/Perkhidmatan (Service)/Perjanjian Pinjaman/Lesen/Hire Purchase/Bank Guarantee/Bond/Sewa Peralatan/Sewa mesin/Sewa harta alih |
Sewa/Pajakan | Perjanjian sewa bilik, rumah, pejabat, kilang, tanah kosong, harta tak alih/pajakan tanah |
Penyeteman Am | Perjanjian Am, Akuan Berkanun, Perkongsian, Employment Contract dan lain-lain perjanjian selain daripada kategori di atas dan dikenakan duti tetap |
1) Sijil Setem – Bagi permohonan adjudikasi yang dibuat melalui sistem STAMPS. Sijil Setem akan dijana secara elektronik sebaik sahaja bayaran ke atas Notis Taksiran duti setem diterima sama ada secara dalam talian atau di kaunter duti setem LHDNM sebagai bukti penyeteman.
2) Setem Tertera – Bagi penyeteman duti setem yang dibuat di Pejabat Setem Cawangan yang berada di Cawangan-cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) seluruh negara dan Pusat Khidmat Hasil (PKH) melalui Sistem Frangki Digital.
3) Setem Hasil – Hanya boleh didapati di semua Pejabat Pos seluruh Malaysia pada nilai harga RM1, RM5, RM10, RM50, RM100 dan RM250. Pembatalan Setem Hasil ke atas surat cara-surat cara boleh dilakukan di Pejabat Setem Cawangan, PKH dan Pejabat Setem Daerah.
4) Duti Kompaun – Dikhaskan kepada bayaran duti setem secara kompaun ke atas cek, polisi insurans, nota kontrak, Memorandum of Association & Article of Association dan Borang Bekalan Tenaga Elektrik TNB (Electric Supply Form) oleh pihak yang di peruntukkan di dalam Seksyen 9 Akta Setem 1949.
5) Resit Rasmi – Dibuat melalui pengeluaran Resit Kewangan 38 atau Resit rasmi yang dikeluarkan oleh Pejabat Setem. Resit rasmi perlu dikepilkan atau dilekatkan kepada mana-mana surat cara yang berkenaan bagi membolehkan ianya dianggap telah disetemkan dengan sempurna.
Dalam talian
1) Financial Process Exchange (FPX)
2) Bill Payment menggunakan CIMBChannel atau Public Bank
Kaunter Duti Setem
1) Tunai
2) Bank Draf
3) Cek Anak Guam (Firma Guaman)
4) Wang Pos
5) Kiriman Wang
6) Setem Hasil (tidak melebihi RM500)
Ejen – Bagi pemilik atau pekerja yang diberi kuasa oleh pihak syarikat/perniagaan/agensi seperti firma guaman, bank, syarikat insurans dan lain-lain, semua jenis penyeteman boleh dibuat terus menggunakan STAMPS.
1) Daftar ID Pengguna Baharu (ejen) bagi pihak syarikat di https://stamps.hasil.gov.my
2) Log Masuk STAMPS dan isi Borang Permohonan Taksiran.
3) Semak Notis Taksiran.
4) Bayar Duti Setem.
5) Cetak Sijil Setem.
Individu – Bagi individu persendirian yang ingin membuat penyeteman Pindah Milik Harta Tanah, Saham atau Perniagaan, individu tersebut hanya perlu hadir terus ke kaunter untuk urusan penyeteman.
Untuk jenis penyeteman selain dari itu seperti Sekuriti, Sewa/Pajakan dan Penyeteman Am, individu tersebut perlu mendaftar menggunakan sistem STAMPS dan hadir ke kaunter LHDNM.
1) Daftar ID Pengguna Baharu (individu) di https://stamps.hasil.gov.my
2) Log masuk STAMPS, isi maklumat perjanjian dan hantar permohonan secara dalam talian. Sila rekod No. Deraf permohonan yang dijana oleh sistem untuk rujukan.
3) Hadir ke kaunter LHDNM dengan membawa No. Deraf dan dokumen perjanjian asal untuk semakan dan taksiran.
4) Bayar Duti Setem.
5) Terima Sijil Setem.
Untuk sebarang pertanyaan dan maklum balas mengenai cara untuk membuat taksiran dan bayaran duti setem menggunakan sistem STAMPS, sila hubungi:
Sumber: Portal Rasmi LHDNM