Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Cara-Cara Untuk Memohon Bagi Mengikuti Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Tabika/Taska) KEMAS 2022

Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon bagi mengikuti Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak (Tabika/Taska) KEMAS bagi tahun 2022.

Apakah Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak (Tabika/Taska) KEMAS?

Kursus ini diadakan di Institut/Pusat Latihan KEMAS selama tiga (3) bulan atau tertakluk kepada perubahan yang ditetapkan oleh KEMAS.

Kursus ini bukanlah satu jaminan kepada calon untuk dilantik sebagai kakitangan kontrak (contract of service) KEMAS. Namun, sekiranya dilantik, calon akan ditempatkan mengikut keperluan dan kekosongan di seluruh negeri.

Baca juga: Langkah-Langkah Untuk Mendaftar Sebagai Pelatih GIATMARA Bagi Pengambilan Sesi 2022 Menggunakan Sistem GSPel

Tarikh permohonan

Mulai 13 Disember 2021 (Isnin) sehingga 02 Januari 2022 (Ahad) sahaja.

Syarat kelayakan

1) Warganegara Malaysia.

2) Berumur 21 tahun ke atas dan tidak melebihi 35 tahun pada tarikh tutup iklan.

3) Mempunyai Diploma Akademik dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan.

4) Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

5) Terbuka kepada:

  • Tabika: Calon lelaki atau perempuan.
  • Taska: Calon perempuan sahaja.

6) Telah menamatkan pengajian dan mempunyai skrol diploma serta transkrip (telah selesai Majlis Konvokesyen).

7) Nilai CGPA 2.70 ke atas.

8) Tidak berkhidmat sebagai kakitangan lantikan tetap atau kontrak (contract of service) dalam perkhidmatan kerajaan.

LANGKAH-LANGKAH

1) Layari portal KEMAS Intake System (KIS) di https://kis.kemas.gov.my

2) Klik ‘Daftar’ untuk membuat pendaftaran.

LANGKAH-LANGKAH

3) Setelah akaun diaktifkan, kembali ke laman utama portal untuk ‘Log Masuk’.

4) Isi maklumat yang diperlukan. Pemohon hanya dibenarkan mengisi satu (1) jurusan sahaja, sama ada Tabika atauTaska.

5) Klik ‘Hantar’.

  • Hanya calon yang layak sahaja akan dipanggil untuk sesi temuduga. Calon yang tidak dihubungi selepas tiga (3) bulan daripada tarikh tutup iklan dianggap tidak berjaya. Surat pemberitahuan tidak akan dikeluarkan oleh Jabatan.

MUAT TURUN:
Manual Pengguna

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai cara-cara untuk memohon bagi mengikuti Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Tabika/Taska) KEMAS 2022, sila hubungi:

Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS)
Kementerian Pembangunan Luar Bandar,
Aras 5-9, No 47, Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62100 Putrajaya.

Telefon: 03-8891 2682
Faks: 03-8888 2312
E-mel: [email protected]

Sumber: Portal Rasmi KEMAS

Leave a Reply

Your email address will not be published.