Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Orang ramai yang ingin mendaftar untuk menjadi sukarelawan di Malaysia kini boleh melakukannya secara atas talian dengan menggunakan MySukarela.
MySukarela merupakan platform sehenti atas talian yang dihasilkan bagi menghubungkan para sukarelawan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan juga golongan yang ingin menyumbang bantuan atau menderma keperluan untuk apa jua aktiviti serta krisis kemanusiaan di Malaysia.
Ia bermula susulan dari penubuhan MyVAC (Malaysia Vaccine Support Volunteers) yang merupakan satu inisiatif kerjasama di antara Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (MRCS).
Langkah ini dibuat bagi membantu kelancaran Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dengan menempatkan individu yang bersedia untuk menjadi sebahagian daripada pasukan sukarelawan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di seluruh Malaysia.
Sejak dilancarkan pada April 2021, MyVac telah menerima sambutan luar biasa dengan lebih 300 ribu ahli dan kira-kira 10 ribu sukarelawan telah ditempatkan di seluruh negara.
Di samping melancarkan proses pendaftaran sukarelawan, melalui MySukarela juga para penganjur boleh mengiklankan aktiviti dan berhubung terus dengan sukarelawan yang diperlukan di samping menyediakan panduan atau insentif khas seperti video latihan, elaun, sijil dan sebagainya.
1) Berumur 18 tahun ke atas.
2) Sihat tubuh badan.
Mampu memberi komitmen, bertanggungjawab serta amanah dan jujur dalam melaksanakan tugasan yang diberikan mengikut keperluan ketika menyertai acara yang ditetapkan oleh penganjur.
Tugasan yang diberikan adalah berbeza dan tertakluk kepada acara spesifik yang diadakan oleh penganjur. Para sukarelawan boleh memilih slot aktiviti yang sesuai mengikut pengalaman dan kemahiran masing-masing.
Buat masa ini, aktiviti sukarelawan banyak tertumpu kepada isu-su berkaitan COVID-19 seperti berikut:
1) Pusat panggilan.
2) Pusat pemberian vaksin.
3) Pusat penyediaan dan penghantaran bahan keperluan asas dan makanan.
1) Layari portal MySukarela di https://mysukarela.com atau muat turun aplikasi MySukarela di Google Play untuk peranti Android dan Apple App Store untuk peranti iOS.
2) Buat pengesahan alamat e-mel untuk dihubungi dan klik ‘Create An Account’.
3) Isi maklumat yang diperlukan dan ikuti arahan seterusnya untuk proses pendaftaran.
4) Pilih aktiviti, tarikh, masa dan lokasi yang sesuai untuk menjadi sukarelawan.
5) Lapor diri kepada penganjur 30 minit lebih awal pada tarikh yang ditetapkan (tertakluk kepada perubahan yang ditetapkan oleh penganjur).
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai langkah-langkah untuk mendaftar sebagai sukarelawan secara atas talian menggunakan MySukarela, sila hubungi:
Malaysian Red Crescent Society (MRCS)
Lot PT54, Lengkok Belfield,
Off Jalan Wisma Putra,
50460 Kuala Lumpur.
Telefon: 03-2143 8122
E-mel: [email protected]
Sumber: Portal Rasmi MySukarela