Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Cara Untuk Memohon Lesen Tapak Bazar Ramadan Dan Aidilfitri 2022 Anjuran DBKL

Permohonan kini dibuka bagi golongan peniaga dan penjaja yang ingin membuka gerai di bazar Ramadan dan Aidilfitri 2022 anjuran DBKL.

Bazar Ramadan dan Aidilfitri 2022 DBKL

Sempena dengan bulan Ramadan yang insya-Allah akan disambut bermula 3 April 2022 tidak lama lagi, peniaga dan penjaja yang ingin membuka gerai di bazar yang terdapat sekitar Kuala Lumpur adalah dipelawa untuk memohon lesen tapak dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Baca juga: Langkah-Langkah Untuk Memohon Skim Pembiayaan Informal (SPIN 2.0) Anjuran TEKUN Nasional

Tarikh permohonan

Mulai 1 Disember 2021 sehingga 31 Disember 2021 sahaja.

Jenis bazar

1) Diselia oleh DBKL.
2) Diselia oleh persatuan/penganjur.

Bazar seliaan DBKL

1) Bazar Ramadan di tempat letak kereta Taman Tasik Permaisuri.
2) Bazar Aidilfitri di Lorong Tuanku Abdul Rahman.

Syarat kelayakan

Bazar Ramadan di tempat letak kereta Taman Tasik Permaisuri
1) Warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh tutup permohonan.
2) Beragama Islam.
3) Dibuka kepada semua warga kota.
4) Hanya boleh memohon satu (1) petak sahaja.

Bazar Aidilfitri di Lorong Tuanku Abdul Rahman
1) Warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh tutup permohonan.
2) Beragama Islam.
3) Mempunyai lesen penjaja yang dikeluarkan oleh DBKL dan masih mempunyai tempoh sah (lesen tidak aktif, telah dibatalkan atau disenarai hitam adalah tidak layak).
4) Hanya boleh memohon satu (1) petak sahaja.

Bazar seliaan persatuan/penganjur

Permohonan adalah melalui empat (4) persatuan yang telah dilantik oleh DBKL sahaja iaitu:

1) Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Wilayah Persekutuan (PPKMWP)
Yang Di Pertua: Y.Bhg Datuk Muhammad bin Abdullah
Telefon: 011-1238 6635/019-799 3434
E-mel: [email protected]

2) Pertubuhan Pengurusan Pasar Malam Kuala Lumpur (PPMKL)
Presiden: Tuan Hj. Gulam Muszaffar bin Gulam Mustakim
Telefon: 019-251 0880
E-mel: [email protected]

3) Persatuan Peniaga dan Penjaja Bumiputera Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PPBWPKL)
Presiden: Y.Bhg Datuk Seri Rosli bin Sulaiman
Telefon: 03-2604 0040/019-234 4477
E-mel: [email protected]

4) Persatuan Penjaja & Pekedai Bumiputera Wilayah Persekutuan (PPBWP)
Yang Di Pertua: Encik Mithlan Bin Samijoo
Telefon: 03-2693 2805/012-914 6848 /012-665 1028
E-mel: [email protected]

LANGKAH-LANGKAH

Bazar seliaan DBKL

1) Layari portal eLesen DBKL di https://elesen.dbkl.gov.my/ebazar

2) Klik ‘Daftar Baru’.

eLesen DBKL

3) Isi ‘Maklumat Peribadi’ dan klik ‘Seterusnya’ untuk mengesahkan pendaftaran.

LANGKAH-LANGKAH

4) Kembali ke laman utama dan klik ‘LOG MASUK’ untuk meneruskan permohonan.

5) Muat naik dokumen sokongan iaitu salinan Kad Pengenalan berwarna (imej hadapan dan belakang).

6) Ikuti arahan yang diberikan untuk meneruskan permohonan dan klik ‘CETAK DOKUMEN PERMOHONAN’ selepas selesai.

Manual Pengguna boleh dimuat turun di pautan ini: Manual Pengguna

Bazar seliaan persatuan/penganjur

1) Muat turun dan cetak borang permohonan di pautan ini: Borang Permohonan Penganjur/Persatuan

Borang Permohonan

2) Borang permohonan yang telah lengkap diisi beserta dengan dokumen sokongan perlu dihantar melalui penganjur dan dimasukkan ke kotak serahan (drop box) Bazar Ramadan/Aidilfitri, Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Perniagaan (JPPP) di Lobi Menara DBKL 2, Jalan Raja Laut.

Maklumat lanjut

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai cara untuk memohon lesen tapak Bazar Ramadan dan Aidilfitri 2022 anjuran DBKL, sila hubungi:

Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Perniagaan
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL),
Tingkat 4 & 5, Menara DBKL 2,
Jalan Raja Laut,
50300 Kuala Lumpur

Telefon: 03-2028 2536/03-2028 2537/03-2028 2538/03-2028 2541
(9:00 pagi hingga 4:30 petang)
E-mel: [email protected]

Sumber: Portal Rasmi eLesen DBKL

Leave a Reply

Your email address will not be published.