Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Cara-Cara Untuk Mendaftar Dalam Program Latihan Kemahiran Pertanian Kebangsaan (PLKPK)

Pendaftaran kini dibuka bagi mereka yang layak dan berminat untuk mengikuti Program Latihan Kemahiran Pertanian Kebangsaan (PLKPK).

Apakah PLKPK?

PLKPK atau Program Latihan Kemahiran Pertanian Kebangsaan diwujudkan oleh kerajaan di bawah Kementerian Pertanian Dan Industri Makanan (MAFI) bagi meningkatkan pengeluaran pertanian melalui model pembangunan insan mahir di dalam bidang tersebut.

Program ini dilaksanakan berteraskan kepada National Occupational Skills Standard (NOSS) di bawah peruntukan Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 atau National skill Development Act (NASDA).

Objektif PLKPK

1) Melahirkan usahawan tani yang berkeyakinan, berkemahiran dan berdaya saing.

2) Melahirkan tenaga kerja mahir dan profesional yang akan berkhidmat di dalam sektor swasta bidang pertanian.

3) Menjadi platform kepada pelatih untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

Manfaat PLKPK

1) Pensijilan PLKPK ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia dan diiktiraf oleh industri-industri di Malaysia.

2) PLKPK dapat menyediakan suatu laluan kerjaya dan pembangunan diri yang menarik setanding dengan laluan kerjaya berasaskan kelayakan akademik.

3) PLKPK juga berupaya melahirkan pekerja mahir yang terlatih dan berkelayakan untuk mempertingkatkan daya saing industri tempatan di pasaran dunia.

Baca juga: Cara-Cara Untuk Memohon Bagi Mengikuti Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Tabika/Taska) KEMAS 2022

Jenis pensijilan dan tempoh latihan PLKPK

1) Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 1: 6 bulan (600 jam).

2) Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2: 6 bulan (600 jam).

3) Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3: 12 – 24 bulan (1,200 – 2,400 jam).

4) Diploma Kemahiran Malaysia Tahap 4: 12 bulan (1,200 jam) + 3 bulan Latihan Industri (LI).

Bidang latihan, pensijilan yang ditawarkan dan institut latihan PLKPK

PLKPK

Insentif buat pelatih PLKPK

1) Yuran pengajian PERCUMA*.

2) Elaun RM200 hingga RM300 sebulan.

3) Penginapan disediakan.

4) Makan dan minum disediakan.

* Pelatih hanya perlu membayar sebanyak RM330 untuk bayaran premium insurans, setem hasil surat perjanjian, deposit asrama, baju korporat dan pembukaan akaun Agrobank.

Syarat kelayakan

1) Warganegara Malaysia.

2) Memiliki sekurang-kurangnya SPM* atau setaraf.

3) Berumur 18 hingga 25 tahun.

4) Sihat tubuh badan dan boleh melakukan aktiviti amali di lapangan.

* Pemohon yang tidak memiliki SPM atau setaraf juga boleh memohon dan akan dipertimbangkan oleh pihak pengurusan Bahagian Pembangunan Kapasiti dan Latihan Pertanian (BPKLP).

LANGKAH-LANGKAH

1) Layari portal pendaftran PLKPK di https://atpis.mafi.gov.my/V4/online/application/

LANGKAH-LANGKAH

2) Isi maklumat yang diperlukan bermula dari ‘Langkah 1: Semak Daftar’ sehingga ‘Langkah 6: Pengakuan Pemohon’.

3) Klik ‘Seterusnya’ untuk pergi ke bahagian berikutnya dan ‘Hantar’ untuk menghantar permohonan.

4) Semakan permohonan boleh dibuat di https://atpis.mafi.gov.my/v4/result/

Maklumat lanjut

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai cara-cara untuk mendaftar dalam Program Latihan Kemahiran Pertanian Kebangsaan (PLKPK), sila hubungi:

Bahagian Latihan Kemahiran Pertanian (BLKP)
Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI),
Aras 3, Wisma Tani (Blok Menara),
No. 28, Persiaran Perdana, Presint 4, 62624 Putrajaya.

Telefon: 03-8870 1695/1692/1802
Faks: 03-8888 1699/03-8870 6908

Sumber: Portal Rasmi MAFI

Leave a Reply