Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Langkah-Langkah Untuk Membuat Tuntutan Insurans Banjir Bagi Pelanggan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA)

Tuntutan insurans bencana alam boleh dibuat oleh semua pelanggan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) yang terlibat dengan banjir di bawah Polisi Perlindungan Pemilikan Rumah Jangka Panjang (LTHO).

Apakah Polisi Perlindungan Pemilikan Rumah Jangka Panjang (LTHO)?

Semua pembiayaan perumahan sektor awam di bawah LPPSA adalah dilindungi oleh LTHO daripada panel insurans/takaful LPPSA yang telah dipilih oleh pelanggan semasa mengemukakan permohonan pembiayaan perumahan sebelum ini.

Oleh itu, pelanggan LPPSA yang terjejas akibat bencana banjir baru-baru ini boleh berhubung terus dan membuat tuntutan kepada panel insurans/takaful LTHO masing-masing bagi mendapatkan semula pampasan kerosakan harta benda.

Baca juga: Langkah-Langkah Untuk Memohon Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) RISDA

Syarat kelayakan

Tuntutan insurans/takaful adalah tertakluk kepada skop/polisi perlindungan insurans/takaful yang telah diambil oleh pelanggan bersama-sama pembiayaan perumahan sektor awam di bawah Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP)/LPPSA.

Senarai panel insurans/takaful LTHO

LANGKAH-LANGKAH

NOTA: Pelanggan dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang baik pulih kerosakan sehingga pelaras kerugian (adjuster) yang dilantik oleh panel insurans/takaful menilai kerosakan hartanah yang terjejas akibat banjir.

LANGKAH-LANGKAH

Hubungi terus panel insurans/takaful LTHO masing-masing melalui saluran yang diberikan berikut:

1) Syarikat Takaful Malaysia Am Berhad

Syarikat Takaful Malaysia Am Berhad

2) Takaful Ikhlas General Berhad

  • Hotline: 03-2723 9696
  • E-mel: [email protected]
  • Lawati cawangan Takaful Ikhlas yang terdekat

Takaful Ikhlas General Berhad

3) Etiqa General Takaful & General Insurans Berhad

  • Kuala Lumpur/Selangor/Perak/Penang/Kedah dan Perlis

Hotline: 011-1630 6646 (WhatsApp 24-jam)/03-2692 8188 (Talian Tuntutan Banjir)

  • Kelantan/Terengganu/Pahang/Johor/Melaka/Negeri Sembilan/Sabah/Sarawak

Hotline: 018-226 3288 (WhatsApp 24-jam)/ 03-4270 7735/03-4270 5068 (Talian Tuntutan Banjir)

Etiqa General Takaful & General Insurans Berhad

4) Zurich General Takaful Berhad

  • Hotline: 017-3046 288/03-4270 0024

Maklumat lanjut

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai langkah-langkah untuk membuat tuntutan insurans banjir Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA), sila hubungi:

Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA)
No. 9, Kompleks Kementerian Kewangan,
Persiaran Perdana, Presint 2 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62592 Putrajaya.

Pusat Panggilan LPPSA: 03-8880 1600 (8.30 pagi hingga 5.30 petang)
Portal Pertanyaan/Aduan Rasmi LPPSA: https://etiket.lppsa.gov.my
Chatbot LiA LPPSA: https://chatbot.lppsa.gov.my

NOTA: Talian pusat panggilan sangat sibuk pada jam 10.00 pagi sehingga 1.00 petang dan 2.30 petang sehingga 4.00 petang. Oleh itu, LPPSA menggalakkan panggilan dibuat di luar waktu sibuk.

Sumber: Portal Rasmi LPPSA

Leave a Reply

Your email address will not be published.