Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Penduduk di daerah Klang, Selangor yang terlibat dengan banjir baru-baru ini boleh memohon untuk mendapat bantuan tunai sebanyak RM1000 dari Pejabat Daerah/Tanah Klang.
Kerajaan negeri Selangor telah memperuntukkan sebanyak RM100 juta untuk ikhtiar Selangor Bangkit susulan banjir teruk yang melanda negeri tersebut.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, peruntukan itu termasuk RM1000 bagi setiap keluarga yang terkesan akibat bencana itu.
Melalui portal rasminya, Pejabat Daerah/Tanah Klang hari ini telah memaklumkan bahawa permohonan telah dibuka bagi penduduk di daerah Klang yang terlibat dengan banjir untuk menerima bantuan bernilai RM1000 tersebut.
Tunai RM1000.
Tidak melebihi empat belas (14) hari dari tarikh kejadian banjir.
1) Permohonan tuntutan bantuan bencana hanya boleh dimohon SEKALI bagi tahun semasa (sekali setahun).
2) Borang permohonan perlu dihantar ke Pejabat Daerah/Tanah Klang dalam masa empat belas (14) hari dari tarikh kejadian bencana.
3) Hanya SEORANG ahli keluarga mangsa yang boleh memohon bantuan bencana. Satu (1) permohonan bantuan untuk satu (1) buah rumah sahaja.
1) Salinan bil elektrik/air/Indah Water.
2) Salinan MyKad/Kad Pengenalan pemohon.
3) Gambar kejadian. Sila lampirkan gambar kejadian bencana (di dalam dan di luar rumah) yang dicetak dengan terang dan jelas.
4) Pengesahan dan tandatangan Wakil ADUN Kawasan/Penghulu Kawasan/Ketua Kampung yang berkenaan (untuk diserahkan bersama-sama dengan borang permohonan).
NOTA: Laporan Polis tidak diperlukan.
1) Layari portal rasmi Pejabat Daerah/Tanah Klang menggunakan PAUTAN INI.
2) Klik ‘Muat turun Borang’ atau muat turun borang DI SINI.
3) Cetak dan isi borang permohonan tersebut dengan lengkap.
4) Lampirkan dokumen sokongan yang diperlukan.
5) Serahkan borang permohonan yang telah lengkap diisi beserta dengan dokumen sokongan ke:
Pejabat Daerah/Tanah Klang,
Bahagian Pembangunan Masyarakat,
Tingkat 1, Jalan Kota,
41902 Klang,
Selangor Darul Ehsan.
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai cara-cara untuk memohon bantuan bencana banjir daerah Klang sebanyak RM1000, sila hubungi:
Pejabat Daerah/Tanah Klang,
Bahagian Pembangunan Masyarakat,
Tingkat 1, Jalan Kota,
41902 Klang,
Selangor Darul Ehsan.
Telefon: 03-3371 1963
Faks: 03-3373 2766/03-3372 4426
E-mel: [email protected]