Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Langkah-Langkah Untuk Memohon Bantuan Wang Ihsan (BWI) Mangsa Banjir Dari NADMA

Berikut merupakan langkah-langkah untuk membuat permohonan bagi menerima Bantuan Wang Ihsan (BWI) untuk mangsa bencana banjir dari Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Apakah Bantuan Wang Ihsan (BWI) NADMA?

Bantuan Wang Ihsan (BWI) merupakan bantuan tunai yang diberikan oleh kerajaan menerusi NADMA kepada mereka yang menjadi mangsa bencana banjir baru-baru ini.

Baca juga: Cara-Cara Untuk Memohon Bantuan Bencana Banjir Daerah Klang Sebanyak RM1,000

Nilai bantuan

1) RM1,000 untuk setiap isi rumah – berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atau tidak.

2) RM5,000 untuk setiap kematian.

Bantuan Wang Ihsan (BWI)

Syarat kelayakan

1) BWI hanya diberikan kepada setiap Ketua Isi Rumah (KIR) warganegara Malaysia sahaja.

2) Setiap permohonan hendaklah disahkan oleh Pegawai Daerah bahawa mangsa adalah benar-benar terjejas dengan bencana banjir yang dimaksudkan.

3) Hanya satu (1) rumah sahaja yang terlibat layak untuk mendapat sekali BWI tanpa mengira isi rumah/keluarga.

4) Kelayakan BWI Bencana Banjir hanya diberikan sekali dalam tempoh musim bencana yang telah diisytiharkan. Sekiranya bencana berlaku melebihi daripada sekali dalam tempoh bencana maka tiada bantuan kedua, ketiga atau seterusnya yang akan diberikan.

NADMA

Dokumen yang diperlukan

1) Mereka yang mendaftar ke PPS (dengan Kad Pengenalan) tidak perlu membuat permohonan. Permohonan mereka akan terus diuruskan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

2) Mereka yang mendaftar ke PPS (tanpa Kad Pengenalan) perlu mendaftar dengan Ketua Masyarakat seperti Penghulu, Ketua Kampung dan MPKK/JPKK terlebih dahulu untuk dokumen pengesahan.

3) Mereka yang tidak berpindah ke PPS juga perlu mendaftar dengan Ketua Masyarakat untuk mendapatkan dokumen pengesahan.

LANGKAH-LANGKAH

1) Tiada permohonan secara atas talian (online) disediakan. Semua permohonan perlu dibuat melalui Pejabat Daerah masing-masing. Nombor yang boleh dihubungi adalah seperti berikut:

LANGKAH-LANGKAH

  • Bagi yang berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS), Ketua Isi Rumah (KIR) (warganegara Malaysia sahaja) boleh merujuk kepada petugas PPS masing-masing.
  • Bagi yang tidak berpindah ke PPS, permohonan perlu dibuat menerusi Ketua Komuniti/Pegawai Daerah masing-masing.

2) Kelulusan permohonan adalah tertakluk kepada pengesahan Pegawai Daerah selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD).

3) Selepas diluluskan, BWI akan diberikan kepada Ketua Isi Rumah (KIR).

Maklumat lanjut

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai langkah-langkah untuk memohon Bantuan Wang Ihsan (BWI) mangsa banjir dari NADMA, sila hubungi:

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)
Jabatan Perdana Menteri,
Aras 6 & 7, Blok D5, Kompleks D,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya.

Telefon: 03-8870 4800
Faks: 03-8870 4848
E-mel: [email protected]

Sumber: Portal Rasmi NADMA

Leave a Reply