Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Mangsa banjir di seluruh negeri Selangor yang layak kini boleh memohon Bantuan Banjir Zakat Selangor LZSPeduli dari Lembaga Zakat Selangor (LSZ).
Bantuan yang diwujudkan oleh LSZ untuk menyantuni golongan fakir, miskin dan muallaf serta orang awam yang terjejas teruk akibat banjir.
1) Beragama Islam.
2) Warganegara Malaysia atau permastautinan tetap.
3) Lahir dan menetap di Selangor (bermastautin) di negeri Selangor tidak kurang daripada tiga (3) tahun.
NOTA: Orang awam yang BUKAN terdiri dari golongan asnaf fakir, miskin dan muallaf juga layak memohon.
RM600 tunai secara sekali beri (one-off).
Pembayaran dibuat dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh kelulusan.
Mulai 23 Disember 2021 sehingga dana peruntukan dipenuhi. Sebarang pengumuman akan dibuat melalui platform media sosial LZS.
1) Melalui akaun bank pemohon
2) Melalui kaedah bayaran secara tunai, baucer tunai atau pembayaran terus ke pihak ketiga.
1) Layari Portal LZSPeduli di https://lzspeduli.zakatselangor.com.my/
2) Permohonan hanya boleh dibuat secara individu (ketua keluarga sahaja). Sila masukkan No. MyKad/No. pasport/No. Polis Tentera, isikan Captcha dan klik ’Semak’.
3) Ikuti arahan yang diberikan seterusnya dan muat naik dokumen yang diperlukan seperti berikut:
4) Semak dan hantar permohonan. Status permohonan boleh disemak di: https://ezo.zakatselangor.com.my/
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai cara untuk memohon Bantuan Banjir Zakat Selangor LZSPeduli, sila hubungi:
Lembaga Zakat Selangor (LSZ)
Bangunan Zakat Selangor,
3-01-1, Presint ALAMi, Pusat Perniagaan Worldwide 2,
Persiaran Akuatik, Seksyen 13, 40100 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
Talian Zakat Selangor: 1-300-88-4343 (9:00 pagi hingga 4:00 petang)
E-mel: [email protected]
Sumber: Portal Rasmi LSZ