Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Berikut merupakan cara-cara untuk memohon Bantuan Selangor Bangkit (BSB) untuk mereka yang terlibat dengan bencana banjir di Selangor.
Kerajaan Selangor akan mula mengagihkan bantuan kewangan kepada lebih 9,000 mangsa banjir di negeri tersebut menerusi program BSB.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, bantuan kewangan tersebut akan diserahkan kepada semua mangsa banjir di Selangor seperti yang telah beliau umumkan sebelum ini.
1) RM10,000
2) RM1,000
1) Mangsa yang berada di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Awam.
2) Mangsa yang berada di PPS Swasta.
3) Mangsa yang tidak berpindah atau telah berpindah ke tempat selain dari PPS Awam atau Swasta.
1) Dokumen Pengenalan Diri seperti Kad Pengenalan, Lesen Memandu ATAU Pasport (bagi yang kehilangan dokumen, permohonan ganti boleh dibuat di Pusat Sehenti/One Stop Centre, OSC).
2) Pengesahan oleh salah SATU (1) dari Ketua Kampung ATAU Penghulu ATAU Ahli Majlis ATAU Ketua Persatuan Penduduk ATAU yang setara dengannya.
Gambar dan Laporan Polis TIDAK DIPERLUKAN.
Mangsa banjir yang terlibat boleh mendapatkan BSB melalui kaedah-kaedah berikut:
1) Di PPS yang masih beroperasi
Dokumen tambahan TIDAK DIPERLUKAN.
2) Di Pusat Sehenti (OSC) yang akan ditetapkan oleh Pejabat Daerah Dan Tanah
3) Melalui rumah ke rumah
4) Secara atas talian (online)
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai cara-cara untuk memohon Bantuan Selangor Bangkit (BSB) untuk mangsa banjir di Selangor, sila hubungi:
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor
Bangunan Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah,
40503 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan
Telefon: 03-55447000