Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Langkah-Langkah Untuk Memohon Wang Bantuan Ihsan Banjir Kerajaan Negeri Pahang

Berikut merupakan langkah-langkah untuk memohon Wang Bantuan Ihsan kerajaan negeri bagi mereka yang terlibat dengan bencana banjir di Pahang.

Apakah Wang Bantuan Ihsan Kerajaan Negeri Pahang?

Bagi meringankan beban mangsa banjir di negeri Pahang, kerajaan negeri telah memutuskan untuk memberi sumbangan dalam bentuk Wang Bantuan Ihsan.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, bantuan berkenaan akan diberikan kepada semua ketua isi rumah yang terlibat dengan banjir baru-baru ini.

Kerajaan negeri kini sedang giat mengumpul data mengenai mereka yang terlibat dalam bencana tersebut dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan pejabat daerah.

Baca juga: Cara-Cara Untuk Memohon Bantuan Selangor Bangkit (BSB) Untuk Mangsa Banjir Di Selangor

Nilai bantuan

RM200 sebulan selama enam bulan.

Kategori mangsa

1) Mereka yang terpaksa berpindah ke Pusat Pemindahan Banjir (PPS).
2) Mereka yang terpaksa berpindah ke tempat lain (selain dari PPS).
3) Mereka yang terlibat dengan banjir tetapi tidak berpindah ke mana-mana.
4) Mereka yang menjadi pemilik gerai atau pemilik rumah kedai.
5) Mereka yang menyewa rumah.

Daerah terlibat

1) Bentong
2) Bera
3) Cameron Highlands
4) Jerantut
5) Kuantan
6) Lipis
7) Maran
8) Pekan
9) Raub
10) Rompin
11) Temerloh

LANGKAH-LANGKAH

Berikut merupakan prosedur penyaluran bantuan kerajaan negeri dan persekutuan kepada mangsa banjir di negeri Pahang:

Wang Bantuan Ihsan Banjir Kerajaan Negeri Pahang

1) Bagi mereka yang berpindah ke PPS, pendaftaran boleh dibuat terus di PPS tersebut. JKM akan menyerahkan borang pendaftaran tersebut ke Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri (JPBD) untuk proses kelulusan, penyaluran, seterusnya pengagihan terus kepada mangsa banjir.

2) Bagi mereka yang tidak berpindah ke PPS pula, pendaftaran boleh dibuat dengan menggunakan borang permohonan dan dihantar terus melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seperti Majlis Bandaraya/Majlis Perbandaran/Majlis Daerah atau Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) setempat.

LANGKAH-LANGKAH

PBT atau JPKK akan menyerahkan borang pendaftaran tersebut ke Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri (JPBD) untuk proses kelulusan, penyaluran, seterusnya pengagihan terus kepada mangsa banjir.

Maklumat lanjut

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut langkah-langkah untuk memohon Wang Bantuan Ihsan Kerajaan Negeri bagi mereka yang terlibat dengan bencana banjir di Pahang, sila hubungi:

Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang,
Wisma Sri Pahang,
25503 Kuantan, Pahang.

Telefon: 09-512 6600
Faks: 09-515 6106
Facebook: https://www.facebook.com/pahang.gov

Sumber: Portal Rasmi Kerajaan Negeri Pahang, BHOnline

Leave a Reply