Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Cara Untuk Memohon Kemudahan Bantuan Bencana 2022 (DRF) Bank Negara Malaysia

Usahawan mikro serta Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang baru-baru ini terjejas akibat bencana banjir kini boleh memohon untuk mendapatkan Kemudahan Bantuan Bencana 2022 (DRF) Bank Negara Malaysia.

Apakah DRF 2022?

Kemudahan Bantuan Bencana atau Disaster Relief Facility 2022 (DRF) merupakan kemudahan pembiayaan yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) bagi meringankan beban kewangan PKS dan perusahaan mikro yang terjejas akibat banjir di seluruh negara baru-baru ini.

Baca juga: Cara Untuk Memohon Kemudahan Bantuan Dan Pemulihan Bersasar (TRRF) Di Bawah Dana Bank Negara Malaysia

Tujuan pembiayaan

1) Membaiki dan/atau menggantikan aset untuk kegunaan perniagaan (loji/mesin) yang telah rosak akibat banjir dan/atau;

2) Dijadikan sebagai Modal kerja.

NOTA: Pembiayaan tidak seharusnya digunakan untuk membiayai semula kemudahan kredit/pembiayaan sedia ada.

Jumlah pembiayaan

1) PKS: Maksimum RM500,000.

2) Perusahaan mikro: Maksimum RM75,000.

Tempoh pembiayaan

Sehingga 5 tahun, termasuk tempoh moratorium selama 6 bulan ke atas bayaran pokok dan faedah/keuntungan.

Kadar pembiayaan

Maksimum 3.50% setahun termasuk fi jaminan.

Cagaran pembiayaan

Tiada cagaran diperlukan.

Perlindungan jaminan

80% perlindungan jaminan dengan fi jaminan sebanyak 0.5% setahun daripada Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC).

Syarat kelayakan

PKS dan perusahaan mikro yang terjejas akibat banjir dan terletak di daerah yang dikenal pasti oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai kawasan bencana banjir.

Tempoh permohonan

Kemudahan ini akan disediakan mulai 27 Disember 2021 sehingga peruntukan digunakan sepenuhnya (atau sehingga diberitahu kelak, bergantung pada situasi banjir).

Tempoh kelulusan

Permohonan akan diproses untuk kelulusan dalam tempoh 14 hari selepas menerima dokumen lengkap daripada pemohon.

LANGKAH-LANGKAH

LANGKAH-LANGKAH

1) Hubungi institusi kewangan yang terdiri daripada bank perdagangan, bank-bank Islam dan institusi kewangan pembangunan yang dikawal selia oleh BNM di talian pusat khidmat pelanggan atau dengan melayari laman web masing-masing untuk permohonan DRF secara atas talian.

2) Permohonan DRF hendaklah dihantar terus kepada institusi kewangan tersebut. Kelulusan adalah tertakluk kepada penilaian kredit institusi kewangan yang dipohon.

Maklumat lanjut

Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan mengenai cara untuk memohon Kemudahan Bantuan Bencana 2022 (DRF) Bank Negara Malaysia, sila:

  1. Layari laman web BNM di: https://www.bnm.gov.my/sme-financing
  2. Kunjungi BNM eLINK di: https://telelink.bnm.gov.my/
  3. Hubungi Pusat Perhubungan BNM TELELINK: 1-300-88-5465 (9 pagi hingga 5 petang)
  4. Talian Am BNM: 03-2698 8044
  5. E-mail: [email protected]

Sumber:  Bank Negara Malaysia

Leave a Reply